Pengenalan Hasil Seni AYRA ZEPHR ART


Ayra ialah salah seorang bakat yang telah AHB temui.
Berbakat dalam bidang lukisan komik, Ayra mempunyai impian untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini.

Tugas pihak pengurusan Kumpulan Bakat NIJI ialah untuk mempromosikan mereka yang berbakat seperti Ayra agar lebih dikenali, dan manalah tahu boleh dipromosikan sehingga ke Jepun dan Korea Selatan kan? hehe

Buat masa ini, antara platform yang akan digunakan untuk mempromosikan bakat-bakat ini ialah melalui laman sosial seperti facebook, instagram dan YouTube.

Bakat-bakat ini juga akan diberikan tugasan-tugasan seperti menghasilkan video-video menarik dan sebagainya bagi menarik lebih ramai orang untuk mengikuti hasil kerja mereka.

Berminat untuk menyertai Kumpulan Bakat NIJI ini??
Boleh hubungi pengurus bakat, Sidonia Locke di 01125072949 untuk info lebih lanjut!

Di bawah ini kami kongsikan hasil kerja seni Ayra. InsyaAllah lepas ni ada banyak lagi hasil kerja seni Ayra yang bakal menyusul! 🀩



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *