Pengasas

SIDONIA LOCKE atau pon nama sebenarnya Norjan Binti Ahmad, merupakan pengasas, pengurus & penulis Akademi Seni & Media Houki Boshi.

Menggunakan pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang pendidikan sekolah sebagai seorang guru dan minat yang mendalam dalam bidang seni hiburan, beliau telah menemukan idea bisnes inovasi menggunakan konsep edutainment (gabungan ‘education’ & ‘entertainment’) dengan penubuhan akademi yang dipanggil AKADEMI SENI & MEDIA HOUKI BOSHI bagi menghubungkan 3 buah negara timur iaitu Malaysia, Jepun dan Korea Selatan.

Berpendapat bahawa negara Jepun & Korea Selatan muncul sebagai antara negara yang gah di mata dunia adalah disebabkan oleh pengaruh dalam industri seni hiburan, maka beliau menjadikan negara Jepun & Korea Selatan sebagai mentor dan model rujukan dalam membangunkan akademi bagi melahirkan tenaga manusia dan bakat yang boleh mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang seni hiburan.

Selain menguruskan operasi utama akademi, beliau juga :

merekruit, menguruskan, melatih dan mempromosikan bakat melalui NIJI TALENT
menulis artikel-artikel berkaitan bidang seni & hiburan terutamanya di negara Jepun, Korea Selatan & Malaysia.
✨ berkongsikan ilmu pengetahuan dalam bidang seni & media.
✨ menulis komik dan novel berlatarbelakangkan akademi seni, bakat & impian.

Sangat menghormati peranan artis & selebriti sebagai figura yang mampu memimpin dunia, beliau berimpian untuk menjadi orang penting dalam penghasilan kumpulan artis seperti Lee Soo Man & Bang Si Hyuk dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia dalam bidang itu pada 10 tahun akan datang (aamiin!😁)


Akaun Media Sosial
Page FB
Facebook
Instagram

Website
sidonialocke.weebly.com

Bidang Kerja Tahun 2021
🌟 Ketua Pengurus AHB
🌟 Pengurus Bakat NIJI TALENT
🌟 Pengurus Kelab Peminat Jepun
🌟
Pengurus krew JOM P JAPAN TALENT
🌟 Pengurus Kelab Peminat Jom P Japan
🌟 Pengurus krew CYOKOWORKS
🌟 Pengurus Kelab Peminat Cyokoworks
🌟 Penerbit & penulis Komik Trilogi S.K.Y
🌟 Pengurus krew TAIYOU7 MEDIA TEAM
🌟 Penulis MOCHI MOCHI
🌟 Pengurus Kelab Peminat Mochi Mochi