Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah, setelah sebulan Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB) bercuti, akhirnya operasi akademi sudah aktif semula pada 17 Mei yang lepas!!๐
Kalau sejak setahun yang lalu AHB banyak membuat kerja-kerja persediaan, mencari dan menguruskan bakat, mereka program dan aktiviti serta membina sistem pengurusan (yang mana banyak sangat trial & error). Mulai bulan ini fokus AHB ialah bagi melaksanakan apa yang telah direka dan dibina sebelum ini bagi menstabilkan kewangan akademi pula!
Jadi dipendekkan cerita
InsyaAllah pada bulan ini AHB akan mula membuka dan aktif mempromosikan sesi pendaftaran pelajar kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Ini kerana, sumber utama kewangan akademi adalah datang dari yuran pendaftaran pelajar, iaitu sebanyak RM 44.99 seorang. Dekat sinilah AHB boleh membuat duit sebenarnya.
Maka bagi menarik rakyat Malaysia mendaftar sebagai pelajar akademi, AHB akan menggunakan kelab, program, aktiviti, produk yang dihasilkan oleh krew pengurusan artis sebagai daya tarikan.
Nak tahu lebih lanjut pasal pendaftaran pelajar AHB ni boleh klik dekat link ini. Dah setup dah semua dekat situ..hehe
Apa-apa pon, mulai sekarang fokus utama AHB memang ialah untuk membuat DUIT. Supaya AHB boleh bertahan dan berusaha untuk ke milestone yang seterusnya.
Bercakap pasal milestone, ini ialah hala tuju AHB dalam masa 20 tahun.

Jadi sekarang ni yang terdekat ialah untuk membuka PUSAT OPERASI RASMI AKADEMI DI KUALA LUMPUR PADA TAHUN 2025!
Buat pengetahuan, pusat operasi sementara akademi sekarang ialah di kampung saya iaitu di Pekan Serkat, Pontian, Johor..macam yang korang boleh nampak dekat gambar-gambar di bawah yang selalu saya kongsikan sebelum ni.


Jadi duit yang dikumpul dari yuran pendaftaran pelajar ini sangat menyokong usaha akademi untuk mengembangkan โsayapโ lalu membuka pusat operasi rasmi yang lebih gah di KL nantiโฆgitu, haha
Sebenarnya, selain dari pendaftaran pelajar, ada satu lagi cara yang saya gunakan bagi memudahkan usaha nak membuka pusat operasi rasmi tu nanti. Tapi ni nanti saya akan ceritakan di lain kesempatan saja la, hehe
Yang pentingnya, langkah pertama, PENDAFTARAN PELAJAR dulu!
Akhir kata, jangan sesekali berputus asa berusaha! InsyaAllah Tuhan pasti akan bantu ๐ฅฐ Jadi itu saja post blog pertama saya sejak kembali semula dari โcutiโ!