Assalamualaikum
Alhamdulillah matlamat AHB pada minggu pertama bulan September ini ialah untuk menaikkan notis mengenai pencarian admin akaun-akaun sosial di bawah AHB iaitu seperti JAPPON, GORYEO, SAHMURA & NIJI TALENT. Minggu ini juga AHB akan menaikkan notis mengenai pencarian ejen akademi juga, dengan dibantu oleh kedai online IIKANJI yang dikendalikan oleh sahabat, Cik Wahidah binti Shamsudin.


InsyaAllah kedua-dua notis ini akan dinaikkan pada 7 September 2020.
Dan sebenarnya notis pencarian ejen dan admin ini juga ialah antara taktik kami untuk mendapatkan data responden bagi Program SOKOLA.
Sebab bila dinaikkan notis macam ni, kami boleh menarik lebih ramai responden sasaran iaitu :
πΈPeminat Jepun
πΈPeminat Korea
πΈPeminat Malaysia atau rakyat Malaysia yang ingin mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa
πΈPeminat bidang seni dan hiburan