Pelukis Fanart Cyoko Yang Anda Perlu Kenali | BAKAT NIJI

Assalamualaikum, hai semua! 😁

Anda semua sihat? Admin harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat saja InsyaAllah. Kita berjumpa lagi dalam segmen ini di mana kita akan berkenalan dengan bakat-bakat dalam kumpulan bakat, NIJI TALENT 🥰 Kalau sebelum ini admin berkongsikan mengenai ATIKAH ROSLAN, kali ini admin mahu berkongsikan pula mengenai CYOKO 🤩

Sebenarnya sudah banyak kali juga admin menulis post mengenai pelukis berbakat ini, tapi sudahkah anda mengikuti instagram Cyoko? Apa? Belum lagi?? Jika belum lagi..haaa, boleh ikuti akaun instagram Cyoko seperti di bawah!

Cyoko ini sebenarnya baru saja membuat akaun ig, jadi mesti ikuti ig beliau ya! tunjukkan sokongan, lagi-lagi jika anda peminat komik, hehe

Seperti yang admin kongsikan sebelum ini, Cyoko juga pernah terlibat melukiskan komik untuk AHB! Anda boleh baca komik tersebut di tab ‘KOLEKSI KOMIK NIJI‘ 🤩

cyoko
 

 

Malah, karakter komik yang dimasukkan dalam ebook komigital pertama AHB juga dilukiskan oleh Cyoko!

Bercakap pasal ebook di atas ini, dulu ianya ada dijual dan malah dimasukkan dalam pakej pendaftaran pelajar AHB di mana pelajar akan mendapat ebook ini secara percuma selepas mereka mendaftar. Tapi skg ebook ini dihentikan buat sementara sebab ianya akan dijual dengan cara yang lain. Apa-apapon, tunggu pengumuman dari kami ya! 🤩

Baiklah, rasanya itu saja buat kali ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada post yang lain di mana kita akan berkenalan dengan bakat yang lain pula 🥰

Adakah anda seorang pelukis dan anda mahukan lebih pendedahan untuk menunjukkan hasil kerja anda seperti Atikah Roslan juga? Jadi jom sertai NIJI TALENT! Kami ada menyediakan khidmat untuk mempromosikan bakat seni seperti yang anda ada. Anda juga boleh hubungi pengurus bakat, cik Sidonia Locke di 01125072949 sekiranya berminat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *