
Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis media.
Penggunaan pelbagai jenis media diolah menggunakan pelbagai teknik untuk menghasilkan karya dan pelbagai aplikasi asas seni reka dalam proses penghasilannya.
Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:
🌈MEDIA
Bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya. Contohnya, catan menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.
🌈TEKNIK
Kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media. Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan. Contohnya, cat air menggunakan teknik sapuan warna basah atas basah untuk menampakkan kesan awan dan air.

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/teknik-cat-air.html