
Jika pada pelajaran yang pertama kita telah mempelajari mengenai maksud SENI TARI (iaitu SENI TARI merupakan sebuah gerakan yang didasarkan dalam jiwa manusia untuk mengekspreskan apa yang tersimpan di dalam dirinya, mengikut rentak muzik yang dimainkan)
Jadi kali ini kita akan mengenali pula jenis-jenis seni tari😁
Tarian boleh dibahagikan kepada 3 jenis mengikuti koreografi iaitu :
🌈TARIAN SOLO / TUNGGAL
Tarian yang diperagakan oleh seorang penari, samada lelaki atau perempuan.
🌈TARIAN BERPASANGAN / DUET
Tarian yang diperagakan oleh 2 orang penari, samada sama jantina atau berbeza jantina, secara BERPASANGAN. Sebagai contoh, Tarian Topeng dari Jawa Barat.
🌈TARIAN BERKUMPULAN / BERKELOMPOK
Tarian yang diperagakan lebih dari 2 orang penari. Sebagai contoh, Tarian Zapin.