PELAJARAN 1 : Pengenalan Seni Tari | MUDITA | BULETIN NIJI

Seni tari merupakan sebuah seni pergerakan tubuh badan mengikut rentak muzik. 

seni tari 1

Kita boleh melihat seni tari ini samada melalui tarian tradisional & moden. Seni tari ini juga mampu menjadi media penceritaan samada asal-usul sesuatu kaum mahupun ekspresi individu.


Definisi SENI TARI menurut pakar

🌈C.Sachs (ahli sejarah tarian & muzik Jerman)

beliau mendefinisikan tarian sebagai seni tari pergerakan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.

seni tari 2

🌈Soedarsono

seni tari merupakan sebuah ungkapan yang berasal dari dalam jiwa manusia yang kemudiannya diekspresikan melalui gerakan indah, sehingga mampu menunjukkan emosi seseorang yang disesuaikan dengan irama.

🌈Kamala Devi Chattopadhyaya

seni tari sebagai sebuah kata hati yang memberikan desakan kepada emosi di dalam diri manusia di mana sifatnya mendorong manusia untuk berekspresi.


Lain pakar lain definisinya namun dari apa yang dikongsikan, kesimpulannya ialah seni tari ini merupakan sebuah gerakan yang didasarkan dalam jiwa manusia untuk mengekspreskan apa yang tersimpan di dalam dirinya.

seni tari 3

👇akan datang👇

PELAJARAN 2 :
Jenis-jenis Seni Tari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *