PAMPHLET, KELAB PEMINAT &ADMIN – JUST DO THE WORK! | PERKEMBANGAN AKADEMI #13

Assalamualaikum

Alhamdulillah jika pada minggu lepas saya sudah selesai setup mengenai struktur keempat-empat kelab peminat di bawah AHB iaitu Kelab Peminat Jepun, Kelab Peminat Korea, Kelab Peminat Malaysia & Kelab Peminat Seni, jadi pada 17 September 2020 ini saya dapat menghasilkan pamphlet kesemua kelab dan fail pengurusan.

Pamphlet dah siap! Simple tapi padat dengan info!

Ini semua penting sebagai sebahagian dari dokumen akademi juga. Jadi syukur Alhamdulillah sudah selesai setup. Jadi skg hanya perlu mempromosikan kelab sebagai sebahagian daripada PROGRAM SOKOLA dan pada masa yang sama sudah boleh merangka pula program-program bagi setiap kelab InsyaAllah.

Oh ya, minggu ini juga sudah dapat seorang admin untuk page JAPPON yeah! Generasi muda pula tu, itu yang penting hehe. Jadi mulai skg juga saya akan mula melatih admin untuk menjalankan tugas dengan baik.

JAPPON ialah sebuah platform media yang berkongsikan pelbagai info berkaitan negara Jepun

Saya cuba untuk menjadikan AHB sebagai tempat yang menyeronokkan untuk semua orang jadi saya takkan menggesa mereka yang bekerja dengan saya untuk  menunjukkan hasil secepat mungkin. Semuanya sebahagian daripada proses dan pastinya setiap proses akan memakan masa. Apa lagi AHB masih lagi di tahun pertama, jadi ianya normal. Saya sendiri juga masih lagi banyak yang perlu dipelajari.

Apa yang penting pada saya skg ialah, teruskan buat kerja. Yap, itu saja. JUST DO THE WORK.

Buat kerja sampai ada hasil dan melalui hasil itulah baru kita boleh bercakap mengenai perkembangan akademi. Dengan cara ini barulah kepercayaan orang kepada apa yang kita buat dapat dibina.

Saya cuma mahu menunjukkan yang AHB bukan idea bisnes main-main. It’s a real thing. Dan saya pula mahu membuktikan yang saya adalah seorang pengurus yang berdedikasi dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab dalam membangunkan sebuah akademi seni dan media ini.

Satu lagi, orang kata pada fasa pertama bisnes adalah fasa yang paling sukar sekali dan banyak bisnes yang gagal dalam fasa ini, iaitu antara tahun pertama ke tahun ketiga. Skg saya juga faham kenapa orang kata perlu simpan duit banyak-banyak dahulu sebelum boleh berhenti kerja dan berbisnes.

Sebab bisnes memang memerlukan masa untuk membuat duit, apalagi jika bisnes yang dibuat ialah bisnes baru. Lebih daripada membuat duit, fokus pada tahun pertama sebenarnya lebih kepada ‘Bagaimana untuk membuatkan brand bisnes dapat dikenali di kalangan pelanggan yang disasarkan’.

Begitu juga keadaannya dengan AHB. Walaupun pada awalnya bercelaru, tapi setelah mengenal pasti identiti sebenar diri saya sendiri dan juga identiti bisnes AHB, barulah AHB perlahan-lahan dapat beroperasi dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Jadi itulah saja perkembangan AHB untuk minggu ini!🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *