BIOGRAFI LEE MIN HO

akademihoukiboshi-lee-min-ho-1

LEE MIN HO (이민호)


Tarikh Lahir : 22 Jun 1987
Tempat Lahir : Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seoul
Pekerjaan : Pelakon, penyanyi, model
Ketinggian : 188 cm
Berat : 75 kg
Pendidikan :
• Sekolah Rendah Namsung
• Sekolah Menengah Banpo
• Sekolah Tinggi Danggok (Jurusan Filem & Seni)
• Universiti Konkuk

Siri TV :
• The Legend of the Blue Sea (2016)
• The Heirs (2013)
• Faith (2012)
• City Hunter (2011)
• Boys Over Flowers (2009)
• But I don’t know too (2008)
• I Am Sam (2008)
• Mackerel Run (2007)
• Secret Campus (2006)
• Love Hymn (2006)

Filem :
• Our School’s E.T. (2008)
• Public Enemy Returns (2008)
• “Gangnam Blues” (2015)
• “Bounty Hunters” (2016)

Pencapaian :
Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke 45


10 FAKTA MENARIK LEE MIN HO

– Pernah menjalinkan hubungan romantik bersama beberapa selebriti seperti Kim Hee Sun, Park Min Young dan Bae Suzy.

– Kakaknya iaitu Lee Yong Jung merupakan CEO MYM Entertainment iaitu agensi hiburan Korea yang mempunyai kaitan dengannya.

– Hangat di media sosial apabila pengikut Weibo mencecah 22.5 juta orang, 17 juta juta pengikut di Facebook dan 3 juta pengikut di Twitter.

– Selain berlakon, Lee Min Ho juga pernah terlibat dengan bidang nyanyian apabila pernah menghasilkan 2 buah album iaitu “My Everything” (2013) dan “Song For You” (2014).

– Pernah menjadi Duta Terhormat bagi kempen Love Net untuk UNICEF pada tahun 2009-2010.

– Semasa kecil, dia ingin menjadi seorang pemain bola sepak professional.

– Lee Min Ho mula meminati bidang lakonan pada tahun kedua sekolah menengah dan dia telah menandatangani kontrak bersama “Starhaus Entertainment” pada tahun akhir.

– Pernah menggunakan nama pentas, Lee Min, namun tidak lama selepas itu dia telah menggugurkannya dan menggunakan nama asalnya.

– Lee Min Ho debut secara rasmi melalui watak Park Du Hyun untuk drama bersiri EBS, “Secret Campus” (2006).

– Lee Min Ho mula terkenal melalui watak Gu Jun Pyo untuk drama bersiri “Boys Over Flower” pada tahun 2009.