Restoren Halal di Tokyo : ORIGAMI ASAKUSA

Restoren makanan Jepun halal ini terletak di Asakusa, berdekatan dengan stesen Asakusa.

Nama restoren ialah ORIGAMI ASAKUSA.

Apa yang menarik tentang restoren ini ialah, ianya mempunyai bilik solat dan tempat mengambil wuduk yang teratur.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melawat restoren ini! 🙂

Peta dan alamat :

https://goo.gl/maps/g7MGucGF5282
1 Chome-2-8 Hanakawado, Taitō-ku, Tōkyō-to 111-0033
〒111-0033 東京都台東区花川戸1丁目2−8

Sumber : Japan 100% Halal Product and Service Media- JHPSM

Lawati page mereka di sini 

BUKU BAHASA JEPUN VERSI BARU

 

buku versi lama yang akan diberi nafas baru 🙂

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akademi Houki Boshi sudah beroperasi semula sejak tahun lepas dan mulai awal bulan ini, kelas Bahasa Jepun Online di bawah bahagian akademik sudah pon dijalankan.

Anda boleh dapatkan info mengenai kelas bahasa Jepun kami di sini. 

Sebagai peneguhan, akademi juga akan menghasilkan buku rujukan, audio serta video tutorial sebagai rujukan dan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan sepanjang kelas kami berjalan.

Buku rujukan, audio dan video tutorial akan dihasilkan sendiri oleh pengajar kelas yang juga merupakan pengarah akademi iaitu cik puan Norjan Binti Ahmad (Houki Boshi).

Diharapkan dengan adanya bahan bantu mengajar ini akan menjadi pelengkap kepada misi program bahasa Jepun online kami iaitu untuk menjadi pengajar bahasa Jepun ASAS yang terbaik di Malaysia.

Kuatkan yang asas dan pembelajaran yang seterusnya akan menjadi lebih mudah!

Semestinya kami akan berkongsi perkembangan kerja-kerja penghasilan bahan bantu mengajar ini kepada anda semua, terutamanya yang masih berkira-kira untuk belajar bahasa Jepun bersama kami (hehehe).

Anda boleh juga lawati page cik puan Houki Boshi di sini kerana beliau juga akan berkongsi info di page beliau.

Terima kasih 🙂

Replika Gundam Di Odaiba

Replika ini terletak di Odaiba

Namanya RX-0 Unicorn Gundam.
foto: ketika dalam mode destroyer
Tingginya: 19.7 meter dan berskala 1:1.

Ia menggantikan model sebelum ini didirikan di tempat sama. Model yang sebelum ini ialah model klasik RX-78-2.

Orang ramai boleh lihat pertunjukan khas patung robot tersebut setiap jam dari pukul 7.30pm – 9.30pm.

Transformasi patung robot akan berlangsung pada jam 9.00 pagi, 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang.

Pada tahun 2020, kawasan pesisir teluk (waterfront) Odaiba akan dijadikan lokasi sukan Olimpik.

Artikel oleh tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.

Ikuti facebook tuan Kamal dan page JOM P JAPAN untuk dapatkan update mengenai negara Jepun.

Negara Salji di Jepun

Melawat Negara Salji merupakan aktiviti yang menarik bagi pengunjung.

Negara Salji tidaklah merujuk pada sesebuah negara, tetapi merupakan tempat-tempat di Jepun yang ada banyak salji.

Contoh tempat yang boleh pergi dari Tokyo adalah:

– Nagano
– Niigata
– Toyama

Secara relatifnya ia lebih mudah untuk rancang masa kerana hal ini:

– Terminal antarabangsa adalah di Narita atau Haneda iaitu Tokyo. Tokyo bukan bandar bersalji, jadi kurangnya isu kelewatan jadual penerbangan.

– Kurangnya isu kelewatan penerbangan selalunya tidak menyebabkan jadual terpaksa dibatalkan.

– Oleh itu, pengunjung tidak akan berdepan dengan masalah terpaksa cari penginapan ekstra semalam, ataupun terpaksa pulang semula ke Tokyo kerana tiada hotel atau pengangkutan yang sesuai.

Walaupun tempat seperti Nagano adalah dalam 5 jam perjalanan dari Tokyo, tetapi secara relatifnya dekat kerana hanya perlu bermalam di sana, kemudian dapat peruntukkan masa satu hari penuh bermain salji.

Apabila pulang semula ke Tokyo, dapat merasai percutian di bandar terbesa Jepun pula.

Artikel oleh tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.

Ikuti facebook tuan Kamal dan page JOM P JAPAN untuk dapatkan update mengenai negara Jepun.

Kepentingan Pemanas Di Jepun Pada Musim Sejuk

 

 

Sekarang pertengahan musim sejuk, iaitu suhu minimum di Jepun.

Walaupun tidaklah sesejuk seperti beberapa negara lain, tetapi masih lagi terasa sejuknya.

Boleh katakan ramai orang yang sebenarnya tidak sukakan sejuk. Itu yang membuatkan orang Jepun juga bercuti ke negara yang lebih panas.

Panas mudah untuk berteduh, berbanding berada di kawasan yang sejuk. Di mana lagi hendak berteduh melainkan di dalam bangunan.

Kalau di rumah dan tidak memasang pemanas, mungkin di dalam tandas ia sedikit panas.

Di Tokyo, rumah yang murah tidak dilengkapi dengan ‘centralized heater’, cuma aircond sahaja yang dipasang.

Ia air-cond yang boleh berfungsi sebagai heater juga. Walau bagaimanapun, kos elektrik akan menaik tinggi apabila selalu digunakan.

Jadi cara yang terbaik adalah gunakan ini:

– Pemanas minyak tanah.

Kelebihannya:
– tidak menggunakan elektrik
– kos yang rendah
– senang digunakan
– panas satu kawasan besar berbanding menggunakan electric heater.

Kekurangannya:
– kadang-kadang berbau minyak tanah apabila mula menyalakannya.
– perlu hati-hati apabila mengisi minyak tanah ke dalam tong. Kalau tertumpah, habis bau satu rumah.
– perlu hati-hati supaya bahan mudah terbakar tidak diletakkan berdekatan. Musim sejuk adalah waktu api senang marak.

Artikel oleh tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.

Ikuti facebook tuan Kamal dan page JOM P JAPAN untuk dapatkan update mengenai negara Jepun.

Bahaya Berjalan Sambil Bermain Smartphone di Jepun

 

Berbahaya berjalan sambil main smartphone. Ia lagi serius ketika di Jepun.

Isu ini jarang terfikir sebelum ini, lagi-lagi apabila datang dari tempat yang selalu menggunakan kereta.

Di Jepun, orang yang berjalan kaki sangat ramai. Jarak 15 minit ke stesen tren merupakan jarak yang dikatakan biasa, dan ia hampir 900 meter.

Bagi pekerja kolar putih (salaryman), sehari boleh sekurang-kurangnya 30 minit berjalan kaki sahaja.

Di situ berkemungkinan akan ada orang yang menggunakan smartphone. Mungkin mereka perlu membalas mesej dan pada masa sama perlu berkejar jadual tren.

Di sini, orang Jepun adalah orang yang sentiasa mengutamakan keselamatan. Ini membuatkan mereka akan melihat hal tersebut dengan lebih mendalam.

Ini yang berpotensi boleh berlaku:

– terlanggar orang, dan orang itu jatuh.
– dilanggar orang dan orang yang menggunakan smartphone terjatuh.

– terlanggar orang dan smartphone terjatuh, lalu rosak.
– terlanggar orang tua, lalu terjatuh dan menyebabkan kecederaan.

– terjatuh di rel keretapi api.
– dilanggar kenderaan lain kerana tidak nampak.

Sekiranya ia serius, isu tersebut boleh naik ke mahkamah kerana melibatkan masalah kepada orang lain.

Bagi pelancong, apabila melihat smartphone, boleh berhenti seketika. Ia bagi menyelamatkan diri sendiri juga.

Artikel oleh tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.

Ikuti facebook tuan Kamal dan page JOM P JAPAN untuk dapatkan update mengenai negara Jepun.