Pergi ke Jepun akan nampak sepertinya tersusun rapi. Pergi sana dan sini di Jepun akan nampak tulisan-tulisan berunsurkan ‘peraturan’. Mereka adalah bangsa yang lebih senang hendak dengar cakap apabila adanya peraturan.
Ini jelas kelihatan seperti:
✨ Masalah jalan-jalan yang kecil di mana adanya risiko terlanggar dengan pejalan kaki, penunggang basikal. Perkara itu masih dikatakan selamat kerana ada ramai yang cenderung untuk mematuhi peraturan.
✨ Begitu juga dengan pejalan kaki yang ingin melintas, pemandu cenderung untuk berhenti dan memberikan isyarat tangan supaya pejalan kaki berjalan kaki dengan selamat.
✨ Begitu juga dengan pejalan kaki yang sanggup tunggu sehingga berubah menjadi lampu hijau.
Apa yang boleh jadi begitu?
Menurut dari The Record China, orang Jepun menganggap undang-undang adalah perkara yang dibimbing (guided) dan dikuatkuasakan oleh orang melebihi daripada ‘kerajaan’.
Mereka berusaha dalam mengekalkan yang undang-undang dapat diikuti, kemudiannya menjadikannya sebagai kesalahan peribadi (personal offense) apabila seseorang melanggar peraturan di mana itu adalah tanggungjawab peribadi.
Perkara ini juga dilihat pada contoh sebegini:
Yonekura Ryoko merupakan artis yang dihormati oleh artis-artis lain di Jepun. Beliau juga beberapa tahun lepas berdepan dengan krisis rumahtangga yang menyebabkan perceraian.
Beliau berkata seperti begini:
“Selepas untuk sekian waktu dan beberapa kali perbincangan, perceraian kami dapat dimuktamadkan. Saya mohon maaf kerana menyebabkan berlakunya masalah berkaitan hal peribadi saya.”
Kalau diikutkan bangsa bukan Jepun boleh bercakap begini apabila membaca pengakuan beliau:
“Eh, masalah dia pun nak minta maaf kepada orang awam?”
“Bukan ke itu masalah dia sendiri yang dia sendiri buat?”
“Tak perlu minta maaf kot.”
Dalam budaya Jepun, seseorang yang tidak menegakkan undang-undang boleh dipanggil gila. Gila kerana telah melanggar peraturan seperti mencuri, membunuh, dan sebagainya.
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Perkara tersebut mempunyai beberapa elemen yang sama dengan budaya Islam. Maksudnya, bagi memastikan hidup lebih harmoni Islam mempunyai budaya hidup yang berperaturan.
Contoh:
✨Tidak boleh minum arak walaupun sedikit, di mana sedikit pun tidak mampu memabukkan.
Ini merupakan peluang bagi orang Islam untuk memberitahu mengenai cara hidup Islam kepada orang Jepun. Apabila mereka faham, itu adalah keuntungan bagi kita dan mereka juga.
Tidak dinafikan juga orang Jepun juga mempunyai kelemahan. Insya-Allah kita ambil apa yang baik dan sinonim dengan budaya Islam kita.
Apa yang sinonim mudah untuk membuatkan orang Jepun mendengar apa yang kita kata.
sumber foto: https://www.livemint.com/Opinion/BNJjwjj3Ao3onUDfsDhv6I/The-art-of-standing-in-line.html
Artikel ini ditulis oleh Kamal Zharif Bin Kamaludin untuk JOM P JAPAN