NIJI TALENT, Kumpulan Orang-orang Berbakat


Hai semua! Selamat berpuasa! Admin doakan semua yang sedang membaca artikel ini sentiasa sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik, InsyaAllah 😄

Dalam post ini, admin ingin memperkenalkan kepada anda semua mengenai sebuah kumpulan bakat yang diuruskan oleh AHB iaitu, NIJI TALENT!

NIJI TALENT ini telah ditubuhkan pada pertengahan bulan Mac yang lepas dengan mensasarkan mereka yang berbakat dalam bidang seni hiburan untuk mengikuti kumpulan ini.

Perkhidmatan asas yang AHB tawarkan kepada semua bakat-bakat NT ini ialah seperti menghasilkan profil khas dan juga mempromosikan hasil kerja bakat di website AHB. Bertujuan untuk memberikan bakat-bakat ini lebih pendedahan dan juga dapat menarik lebih ramai pelanggan ataupon peminat.

NIJI TALENT ini terdiri daripada mereka yang berbakat dalam bidang seni hiburan atau/dan yang sudah mempunyai perniagaan atau follower yang ramai untuk mendapatkan khidmat pengurusan untuk mempromosikan hasil kerja mereka dengan lebih bersistem dan teratur.

NIJI TALENT ini terdiri daripada pelukis sehinggalah ke youtuber.


Oh ya, AHB ada membuatkan akaun sosial khas untuk NT seperti page Facebook, Instagram dan juga channel Youtube.

Selain digunakan untuk mempromosikan profil, perkembangan dan hasil kerja bakat-bakat NT, akaun-akaun ini juga digunakan untuk berkongsi info menarik mengenai dunia seni hiburan (termasuklah mengenai profil selebriti dan artis dari Jepun, Korea Selatan dan Malaysia!) 

Jadi pastikan anda mengikuti NT di platform akaun sosial yang lain ya! 🤩


Buat pengetahuan, perkhidmatan pengurusan kumpulan bakat NIJI TALENT ini merupakan perkhidmatan utama AHB. Ianya bertepatan dengan imej AHB itu sendiri iaitu sebagai sebuah akademi seni & media yang melahirkan tenaga manusia atau bakat dalam bidang seni hiburan.

AHB juga ada menyediakan sebuah program latihan khas bagi mereka yang ingin menyertai NIJI TALENT ini iaitu Program Latihan Bakat NIJI, namun buat masa ini ianya hanya dibuka secara offline terlebih dahulu. Artikel khas mengenai program ini akan admin tulis kemudian😁

Baiklah, sampai di sini saja dahulu. InsyaAllah kita akan berjumpa di artikel yang seterusnya. Jaga diri baik-baik dan selamat menjalankan ibadah puasa semua! 😄


Untuk lebih info mengenai NIJI TALENT, klik link INI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *