Assalamualaikum
Mula-mula sekali, minggu ini saya tidak sihat hahahaha😂 dari 2hb hari tu badan sudah panas dan telinga pula tersumbat. Agak mengganggu emosi saya untuk buat kerja. Malah dah 5 hari dah saya buat kerja dekat rumah saja dek tak selesa😭.
Apapun, minggu ni saya dah siapkan struktur untuk NIJI TALENT macam yang di bawah ni. Jadi Alhamdulillah, bila ada struktur ni baru la nampak jelas sejelas-jelasnya benda yang perlu dibuat untuk NIJI TALENT🤩.
Saya juga sedang fikirkan bagaimana untuk linkkan bahagian-bahagian AHB yang lain (macam kelab-kelab peminat Jepun, Korea & Malaysia) dengan NIJI TALENT supaya berupdate la juga sementara nak dapatkan pengurus kelab🤭
Yang penting, sekarang saya mahu lebihkan masa di NIJI TALENT sebab itu memang bidang saya💪✨

OKAY!