NAK SANGAT JUMPA KELUARGA ANGKAT ORANG JEPUN??? -Admin Aki

Assalamualaikum minna-san, admin Aki dekat sini! 🤩

Saya nak tanya, ada tak antara awak-awak semua yang teringin sangat nak:

✔️ jumpa keluarga angkat orang Jepun
✔️ tidur rumah orang Jepun
✔️ makan bersama orang Jepun
✔️ beramah mesra dengan orang Jepun

Haaaa..saya percaya mesti ramai peminat-peminat negara Jepun yang pasang impian-impian dekat atas ni betul tak?? 🤩 mestilah ya, sebab saya pon macam tu juga 😉

Jadi skg ni, tim pengurusan AHB tengah merangka sebuah program edutravel yang khas kepada mereka yang nak sangat berjumpa dengan keluarga angkat orang Jepun ni. Program edutravel ni akan dimasukkan sebagai antara aktiviti-aktiviti Kelab Peminat Jepun yang AHB akan lancarkan pada pertengahan bulan depan nanti.

Jadi, kalau nak join program edutravel ni, kena la join sebagai ahli Kelab Peminat Jepun tu nanti ya! ❤️

Di bawah ni saya belanja sikit gambar-gambar yang dikongsikan oleh puan Marsita Yunus dari  JOM GYODA . Gambar-gambar ni ialah dari rombongan keluarga dari Malaysia yang datang berkunjung ke Gyoda, Saitama baru-baru ini. Konsep yang sama juga yang akan diterapkan dalam program edutravel kami nanti iaitu mereka yang berkunjung akan tidur di rumah keluarga angkat Jepun dan kemudian akan meluangkan masa bersama-sama sepanjang hari.

Keluarga angkat orang Jepun tengah berkelah bersama dengan pengunjung dari Malaysia! Yang duduk dekat kerusi tu ialah puan Marsita Yunus^^
Gambar pengunjung dari Malaysia memakai baju tradisional kimono bersama-sama dengan keluarga angkat Jepun! Bestnya
Yang wanita ni ialah orang Jepun tau. yang tengah pegang payung tu ialah anak pengunjung dari Malaysia tu, hehe
Berkelah dekat taman bunga di Gyoda, Saitama. Nampak tenang saja dekat sini kan 🙂

Seronok tak bila tengok gambar-gambar dan video yang saya share dekat sini? rasa-rasanya berminat tak nak join program edutravel ni nanti?? haa..kena tunggu dulu Kelab Peminat Jepun ni dilancarkan k! InsyaAllah program yang berbaloi 🤩

InsyaAllah saya akan banyakkan lagi bercerita mengenai program edutravel ni pada masa akan datang. Nantikan! ✨

Akhir kata, saya doakan sesiapa yang membaca ini agar dilindungi dari jangkitan virus COVID-19, jangan lupa patuh pada arahan kerajaan k..stay at home! #kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *