Minum Teh di Matsushima | JAPPON

Benda simple saja, tetapi orang Jepun ada yang sanggup belajar macam mana nak minum teh. Macam mana boleh macam itu? Lebih kurang begini, feeling macam kalau dapat mengopi bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat.

Di pekan 200 pulau iaitu Matsushima, berdekatan Sendai (rantau Tohoku), cuba rasa macam mana orang dulu melepak. Caranya dengan hadiri acara ringkas minum teh Jepun. Kalian tengok kawasan ini, namanya Kanrantei 観瀾亭 yang bermaksud ‘tempat untuk tengok riak air’.

Masuk sahaja bilik dihiaskan dengn 21 panel sliding door Jepun fusuma yang telah dilukis sejak zaman samurai dulu dan telah termaktub dalam Important Cultural Property. Dulu, Kanrantei pun dipanggil ‘istana tempat tengok bulan’ sebab memang sesuai lokasinya.

Begitulah orang Jepun dulu-dulu. Adanya kaitan dengan simbol keamanan, harmoni dan gembira. Kiranya sama macam feeling melepak di tepi kerusi dan meja sambil tengok pemandangan, sambil minum kopi.

Siapa nak pergi, ini nama kedai dan lokasinya:
Kanrantei tea house (lokasi)

Kalau nak tengok lagi detail, kalian boleh tonton video ini

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan info-info budaya Jepun, boleh klik link telegram di komen pertama. Oh ya, ada hadiah Jepun free untuk kalian juga. Nak tahu macam mana nak dapatkannya? Boleh klik link ini


Ditulis oleh Kamal Zharif bin Kamaludin. Kenali Kamal dengan lebih mendalam lagi dengan klik link ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *