MINGGU TERAKHIR SEPTEMBER| BLOG NIA #15

Assalamualaikum

Minggu ini sudah pon masuk minggu terakhir bulan September 😭 Mula dari minggu lepas juga saya dah mula rasa seronok sikit sebab boleh luangkan banyak masa dengan bidang yang saya sangat suka iaitu bidang seni & hiburanπŸ₯°

Kalau minggu lepas saya belajar mengenai boygroup kpop, ATEEZ. Minggu ini saya belajar mengenai 2 buah boygroup. TREASURE bagi kpop dan ONE N’ ONLY bagi jpop. Saya juga mula menonton rancangan survival show boygroup iaitu, TREASURE BOX.

Selain itu saya juga mahu belajar mengenai sejarah syarikat pengurusan artis SM pada minggu ini sebagai sebahagian dari pembelajaran IDOL STUDY, sama seperti profil boygroup juga.

InsyaAllah melalui pembelajaran ini, saya boleh berkongsikan info berkaitan bidang seni hiburan bagi boygroup bukan saja di website tetapi juga akaun instagram HEROTARI.

Sekali lagi, matlamat saya belajar mengenai boygroup ini ialah supaya masyarakat boleh mengubah persepsi mereka terhadap boygroup yang sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kelakuan peminat-peminat boygroup ini.

Boygroup ini, jika dididik dan diuruskan dengan betul sebenarnya boleh menjadi duta yang baik antara negara-negara, menjadi pemimpin kepada generasi muda dan membawa banyak kesan baik kepada masyarakat dan negara. Saya akan buktikan menerusi program latihan bakat yang akan dilancarkan pada masa akan datang di bawah pengurusan NIJI TALENT. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari sekarang.

OH YA! Saya juga seronok sebab bermula bulan ini saya sudah boleh β€˜mengajar’ seni di platform media BULETIN NIJI!

Sebenarnya banyak nak cerita pasal apa yang saya buat untuk bidang saya hahahaha..tapi takpe la, saya akan simpan pada post-post akan datang :p Apa-apa pon, saya masih lagi perlu menguruskan program-program lain di bawah AHB seperti Program SOKOLA, program-program kelab peminat & Program Keusahawanan IIKANJI.

Haha! Banyak kerja kena buat..sebab itu saya dah jarang-jarang update akaun sosial media macam facebook & instagram πŸ˜‚

Kerja keras dan dapatkan result dulu, lepas tu baru boleh bising besar-besaran, InsyaAllah!πŸ’ͺ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *