MENGENALI YAKUZA, MAFIA JEPUN YANG SUDAH BERUSIA 400 TAHUN

Yakuza bukan hanya “Mafia Jepun.” Mereka adalah sesuatu yang berbeza sama sekali – organisasi yang terikat dengan 400 tahun sejarah Jepun.

Pada musim bunga 2011, Jepun dilanda tsunami dan gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah negara itu. Penduduk-penduduk di wilayah Tōhoku melihat kediaman mereka ranap, kawasan kejiranan mereka musnah, dan semua yang mereka kenal telah hilang.

Tetapi kemudian bantuan tiba. Segerombolan lebih dari 70 trak mengalir ke bandar-bandar Tōhoku, dipenuhi dengan makanan, air, selimut, dan segala yang mungkin mereka perlukan untuk mengembali kehidupan mereka.

Tetapi trak pertama itu bukan datang dari pihak kerajaan. Pasukan pertolongan pertama yang tiba, di kebanyakan bahagian Tōhoku, berasal dari kumpulan lain yang biasanya tidak bergaul dengan orang baik.

Mereka adalah anggota kumpulan penjenayah Yakuzakumpulan penjahat yang paling kuat dan disalahfahami di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *