MENGENAI KAMI

 

PENGENALAN

Apakah AHB?

Akademi Houki Boshi (AHB) ialah sebuah akademi seni dan media yang bertujuan untuk menghubungkan 3 negara timur iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan melalui pendekatan seni dan media bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

AHB telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 Julai 2019, atas nama HOUKI BOSHI EDUTAINMENT RESOURCES dengan nombor pendaftaran 002989774-X.

Objektif Utama AHB Dibina

Untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui hubungan yang baik dengan negara Jepun dan Korea Selatan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang seni hiburan.

Kepakaran AHB

Kepakaran AHB adalah untuk membantu menghasilkan tenaga manusia dan bakat melalui program dan aktiviti yang dapat mempromosikan dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, melalui platform seni dan media. 

Antara Tujuan lain

🔸Menguruskan, mempromosikan dan memberikan platform kepada mereka yang berbakat dalam bidang seni untuk pergi ke peringkat antarabangsa di antara negara Malaysia, Jepun & Korea Selatan.

🔸Menganjurkan program-program latihan pekerjaan samada di dalam mahupun ke Jepun dan Korea Selatan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni.

🔸Menganjurkan program rombongan belajar dan pertukaran budaya antara negara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan

🔸Menghasilkan dan menjual produk-produk import dan eksport bagi negara Malaysia, Jepun dan Korea Selatan.

🔸Mempromosikan industri pelancongan Malaysia, Jepun dan Korea Selatan.