Kita boleh elak ini ketika COVID-19. Sesetengah tempat mempunyai ramai orang. Contohnya Tokyo secara rasminya dipanggil Metropolis Tokyo.
Pada tahun 2019 populasinya dijangka melebihi 13.9 juta orang menjadikan Tokyo sebagai tempat teramai Jepun. Kawasan metropolitannya (termasuk kawasan tepi-tepi Tokyo) adalah teramai di dunia iaitu melebihi 38 juta. Di kawasan utama Tokyo (Greater Tokyo Area) ada dalam 62 laluan tren elektrik dan juga lebih dari 900 stesen.
Stesen Tokyo sahaja mempunyai 323 perlepasan keretapi laju (bullet train) sehari, di mana setiap tren mempunyai kapasiti dalam 500-1300 orang dalam satu-satu masa. Baru-baru ini, gabenor Tokyo membuat pengumuman mengenai risiko bahaya COVID-19.
Memandangkan Tokyo merupakan bandar yang padat dan orang terpaksa hidup berdekatan antara satu sama lain, jangkitan wabak lebih mudah berlaku.
Cadangan yang boleh dilakukan adalah ini:
✨ Elakkan berada di tempat yang tertutup tanpa pengaliran udara yang baik.
✨ Elakkan berada di tempat ramai orang berkumpul.
✨ Elakkan melakukan aktiviti perbualan berjarak dekat.
Apa yang boleh dilihat dari ini adalah seandainya ada orang bersin. Ada titisan air yang keluar dari mulutnya, dan yang dapat dilihat adalah lebih kurang dalam 1 mm saiznya. Titisan air 1mm tersebut dengan mudahnya jatuh ke tanah.
Walaupun begitu, ada lagi partikel yang lagi halus dan itu yang kekal berterbangan di udara. Partikel tersebut bersaiz dalam 1/100mm (10 mikron). Selain dari itu, ketika berbual dengan orang lain, dengan keluarnya suara yang sedikit kuat dan rancak, ada sahaja partikel halus yang berterbangan. Seandainya ada 2 orang berbual, jarak yang dekat kurang dari 1 meter adanya partikel halus yang tidak hilang, tetapi terapung di udara di antara kedua-dua orang itu.
Mereka tidak tahu bahawa 2 orang tersebut telah pun menyedut masuk partikel halus ketika bernafas. Partikel halus itu mengandungi banyak virus yang hidup. Kemudian, apabila dilihat dari tempat sempit yang tertutup pula, sekiranya ada 1 orang yang batuk. Dijangkakan dalam lebih kurang 100,000 partikel berbilang saiz mula merebak.
Ada partikel yang bersaiz besar dan tak sampai 1 minit ia senang sahaja jatuh ke permukaan tanah. Seterusnya partikel yang lebih kecil dan itu kekal beredar di permukaan udara. Walaupun 5, 10 atau sekurang-kurangnya 20 minit, tiada tanda-tanda partikel halus akan jatuh ke permukaan bawah. Situasi partikel halus yang kekal berada di udara adalah tanda tiadanya pengaliran udara yang baik.
Oleh itu, perkara ini boleh dibuat:
👉Dalam satu-satu ruang tertutup yang sempit, dapatkan 2 tempat berasingan di mana kedua-dua tempat tersebut dibuka tingkapnya. Apabila dibuka, dengan mudah sahaja partikel halus berlalu pergi tanpa berkeliaran. Dalam 1 jam sekali boleh dipraktikkan untuk buka tingkap. Dengan itu, risiko jangkitan boleh direndahkan. Sebab itu apabila di dalam tren di Tokyo, saya boleh perasan adanya tingkap yang terbuka sedikit. Sebelum wabak ini tercetus, tingkap yang sama tidak dibuka.
Artikel ditulis oleh Kamal Zharif untuk JOM P JAPAN