
Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang melayu di Malaysia. Ianya juga boleh didapati di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi lemak ialah sejenis sajian nasi yang dimasak dengan santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Daun pandan juga sering ditambah semasa nasi dimasak bagi menambahkan lagi aromanya. Nasi lemak lazim dihidangkan bersama dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi pada zaman ini, ianya juga disajikan dengan pelbagai lauk seperti daging, ayam, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
SUMBER GAMBAR :
https://asianinspirations.com.au/recipes/mums-nasi-lemak/