Assalamualaikum semua! Admin harap anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, InsyaAllah😁

Apapun, sedar tak sedar tahun 2020 hanya berbaki lagi 7 bulan saja lagi. Jadi pada post kali ini admin ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai matlamat Akademi Houki Boshi (AHB) pada tahun 2020 ini.
Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan🤩
Tapi sebelum itu, buat pengetahuan semua yang masih baru mengikuti AHB, AHB masih lagi di tahun pertama operasinya. Lebih tepat lagi, kami mula beroperasi pada 1 Januari 2020. Jadi maksudnya, baru nak masuk bulan ke 6. Jadi bak kata mentor-mentor dalam bisnes, kami masih lagi dalam fasa START UP, iaitu fasa yang kritikal! Sebabnya dikatakan hampir 90% bisnes bungkus dalam fasa ini disebabkan corak dan sistem kerja yang tidak betul (seramnya). Oleh itu, pengasas AHB iaitu cik Sidonia Locke sudah pon merombak semula sistem agar lebih bersesuaian dibuat dalam fasa ini.
Jadi, apabila sistem AHB dirombak semula, bermaksud matlamat tahunan AHB juga mengalami beberapa perubahan. Di bawah ini, admin kongsikan matlamat AHB bagi tahun 2020. Ianya cukup mudah. Hanya ada 2 saja.
MATLAMAT AHB BAGI TAHUN 2020
-
Terus berkongsi info mengenai Malaysia, Jepun & Korea Selatan dalam bentuk media di setiap platform media sosial.
-
Terus berkongsi info mengenai idea bisnes AHB.
Itu saja! Haha. Mudah kan? 😁
Sebabnya, AHB adalah sebuah idea inovasi, jadi ianya adalah sesuatu yang baru. Jadi tentunya sesuatu yang baru mengambil masa yang lama juga untuk difahami bukan? Nanti apabila sudah ramai yang faham, maka lebih mudahlah bagi AHB untuk masuk ke fasa seterusnya, iaitu untuk mencari pelabur. Lagipon bukan mudah untuk meyakinkan orang untuk ‘melabur’ ke dalam bisnes yang baru kan, hehe
Dan sebab itulah, dalam fasa ini, pengasas AHB akan lebih aktif lagi memainkan peranan dalam meyakinkan orang dengan idea bisnesnya. Oleh itu, beliau membuat channel youtube beliau sendiri iaitu KIMSHITE TV sebagai platform untuk menonjolkan diri agar ramai yang lebih tertarik dengan apa yang dilakukannya.