Maklumat & Pendaftaran Pelajar

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kelab-kelab di bawah AHB, anda WAJIB mendaftar sebagai pelajar AHB terlebih dahulu.


SYARAT
Di bawah ialah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pelajar 👇

✨ Warganegara Malaysia 15 tahun ke atas.
✨Merupakan seorang peminat Jepun atau Korea atau kedua-duanya sekali.
✨ Mempunyai semangat patriotisme dan cintakan negara Malaysia.


KELEBIHAN
Ini pula ialah kelebihan sekiranya anda mendaftar sebagai pelajar AHB :

✨Boleh mengikuti mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kelab-kelab di bawah AHB.
✨Boleh membeli produk & pakej pelancongan di kedai online AHB dengan harga istimewa.
✨Boleh membuat simpanan kewangan bersama AHB.
✨Boleh membuat pelaburan bersama AHB.
✨Boleh membuat pendapatan sampingan dengan menjadi promoter kelab, pengurus program/aktiviti dan ahli kumpulan bakat NIJI TALENT.
✨ Berpeluang menjadi sebahagian dari tim pengurusan AHB.


YURAN PENDAFTARAN
Anda boleh membuat bayaran pendaftaran mengikut pilihan kelas. Rujuk NOTA seperti di bawah ini.


BORANG PENDAFTARAN

Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang INI. Sila whatsapp 01112507249 sekiranya anda sudah selesai mendaftar sebagai pelajar AHB.


KELAB-KELAB

Setelah anda mendaftar sebagai pelajar AHB, barulah anda boleh menyertai mana-mana kelab di bawah AHB bagi mengikuti program atau aktiviti yang dianjurkan.

Ada 4 buah kelab yang boleh disertai iaitu :

Kelab TORI TORI
Kelab Peminat Jepun
✨Kelab Peminat Korea Selatan
✨Kelab Peminat Malaysia

Setiap kelab mempunyai yuran bulanan kecuali Kelab TORI TORI.

Soalan : Adakah pelajar AHB boleh menyertai lebih dari 2 kelab?
Jawapan : Boleh!


SIMPANAN & PELABURAN
Menerusi yuran bulanan kelab, pelajar boleh membuat simpanan & pelaburan bersama AHB.

Di bawah ialah contoh bagi laporan kewangan pelajar AHB di mana anda boleh melihat bagaimana pelajar boleh membuat simpanan & pelaburan.


Pelajar boleh mengeluarkan jumlah dividen sebanyak 5% (RM 0.05 seunit) setelah 5 tahun melabur (Dari tarikh pelajar mendaftar sebagai pelajar AHB) sebagai tanda penghargaan dari AHB.

Lagi aktif pelajar menyimpan duit, menyertai mana-mana program dan aktiviti setiap kelab maka lagi banyak jumlah pelaburan pelajar!