Makan-makan di Matsushima | JAPPON

Spot makan di Jepun ini kalau tengok boleh buat orang hilang bosan. Nama tempatnya ialah Matsushima, salah satu tempat rantau Tohoku yang tak ramai orang pergi.

Ia sebuah teluk yang dikelilingi dengan lebih dari 200 pulau kecil. Sejak beratus tahun lepas ia termasuk dalam 3 pemandangan tercantik Jepun. Lagi 2 ialah Miyajima dan Amanohashidate. Dalam vlog youtube Tohoku kali ini, akan cerita mengenai makanan apa yang Muslim boleh makan. Puan Wawa Shauqi dan cikpuan Azzah Abdul Rahman ada sekali untuk turut serta dalam virtual tour: https://youtu.be/v2-vOdqhjTU .Makanannya simple saja, tetapi kalian boleh DIY. Nama makanannya ialah Kamaboko. Ia sejenis fish cake, ala-ala dari keluarga macam fish cake pink putih yang selalu kalian nampak kalau makan mee udon atau soba.

Selepas berseronok tengok pemandangan laut guna bot, turun dari jeti dan jalan kaki 3 minit sudah sampai kedainya. Di situ, beli sebatang 250 yen (RM10) dan boleh bakar sendiri. Terpulang pada kalian nak bakar sampai takat mana. Kalau saya, bakar sampai sedikit mengelembung dan sedikit warna coklat kehitaman. Rasanya macam mana pula? Ia sedikit manis walaupun tak tambah apa-apa. Insya-Allah orang Muslim selamat makan sebab diperbuat daripada ikan putih, putih telur, garam, gula.

Baik, selepas makan snek ikan DIY, satu lagi yang hampir macam DIY tetapi lagi power. Kita pergi ke satu kedai yang boleh makan tiram tanpa had. Penggemar tiram mesti suka. Masuk kedai kita boleh nampak tiram punyalah banyak. Dalam bahasa Jepun, set makan tanpa had dipanggil tabehoudai. Situ tak perlu masak tiram lagi sebab staf kedai sudah masakkan, jadi dapat jimat masa.

Benda yang DIY ialah kita buka guna pisau macam pemutar skru, kemudian kita makan. Harganya 2,000 yen dan boleh makan berapa banyak yang suka dalam tempoh masa 40 minit. Kalau tak tahu nak buka macam mana, panggil saja staf, dia boleh tolong ajarkan macam mana nak buka. Senang begitu. Benda-benda DIY ini penyeri ketika kalian datang ke Matsushima, pekan tepi laut. Waktu baik adalah ketika awal bulan 11 iaitu musim luruh. Selepas makan, boleh lagi melawat tempat lain di situ.

Ini nama dan lokasi kedai snek ikan:
Matsukama Matsushima Kamaboko Honpo (松かま松島蒲鉾本舗)

Ini nama dan lokasi kedai tiram:
Date-na BBQ Matsu

Sekejap, kenapa kena ke Tohoku? Kalian boleh terharu jiwa dengan melihat website ini.

Tengok juga vlog youtube ke Tohoku:

episod 1Kenapa orang Malaysia kena ke Tohoku?
episod 2Nampak macam bosan pergi Tohoku, tetapi…
episod 3Apa yang perlu buat kalau kena pergi ke kuil Jepun?

Oh ya, ada hadiah Jepun free untuk kalian juga. Nak tahu macam mana nak dapatkannya? Boleh klik link ini .


Artikel ditulis oleh : Tuan Kamal Zharif bin Kamaludin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *