Macam Mana PEMINAT Boleh Menghubungkan Malaysia & Jepun | PERKEMBANGAN AKADEMI

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Macam yang saya selalu ulang-ulang sebelum ni, “Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB) ialah sebuah akademi yang boleh menghasilkan tenaga manusia dan bakat bagi menghubungkan antara Malaysia, Jepun dan juga Korea Selatan dalam pelbagai bidang, terutama sekali bidang seni hiburan.

Makanya, tenaga manusia dan bakat tu saya dah bahagikan kepada 6 kumpulan, macam mana yang korang boleh nampak dekat bawah ni πŸ‘‡

Jadi ada 6 buah kumpulan tenaga manusia dan bakat semua sekali, SERTA perlu diketahui juga yang setiap kumpulan ini berbeza sistem pengurusannya.

Ingat ye! Maksudnya sistem pengurusan bagi kumpulan PEMINAT adalah berbeza dengan sistem pengurusan bagi kumpulan ARTIS😎

Dipendekkan cerita, fokus AHB pada tahun ini HANYALAH untuk menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menghubungkan antara Malaysia & Jepun, macam yang saya tunjukkan dalam gambar di bawah πŸ‘‡

Sama saja dengan gambar sebelum ni, cuma ada ubah sikit-sikit

Jadi dalam post ini saya akan menerangkan sikitlah macam mana 6 kumpulan manusia dan bakat ini boleh membantu menghubungkan negara Malaysia & Jepun πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅.

6 KUMPULAN maksudnya ada 6 CARA la, hahahaπŸ˜‚

Dan disebabkan itu, saya akan bahagikan penerangan kepada 6 bahagian juga supaya korang yang membacanya tidak akan pusing kepala menghadam setiap perkataan..kekekeπŸ˜‚


🌸 CARA 1 : KUMPULAN PEMINAT 🌸

Jika korang ialah peminat Jepun, ini apa yang korang boleh buat untuk menghubungkan Malaysia & Jepun.

Tapi sebelum tu mesti ada yang tertanya-tanya, “kenapa mesti nak menghubungkan Malaysia & Jepun?” kan?

Jawapannya MUDAH saja.

Sebab kita nak berbaik-baik dengan negara yang maju, supaya mudah kita nak belajar sesuatu dari mereka. Sesuatu yang boleh kita gunakan untuk memajukan negara.

Itu saja sebabnya, hehe.

Lagipon jika kita berbaik dengan ‘orang yang berbau wangi’, kita pon pasti akan dapat bau wanginya itu juga kan?πŸ₯°


Okay, jadi berbalik kepada apa yang PEMINAT JEPUN boleh buat untuk menghubungkan Malaysia dengan Jepun melalui AHB!


LANGKAH 1 :

Sertai group FB “KOMUNITI PEMINAT JEPUN DI MALAYSIA“.

LANGKAH 2 :

Like & Follow page FB “JAPPON : Platform Pembelajaran Negara Jepun“.

LANGKAH 3 :

Like, komen & share post-post yang dikongsikan di page JAPPON & group Komuniti Peminat Jepun.

LANGKAH 4 :

Mengambil bahagian untuk menjawab kajian-kajian selidik yang dijalankan oleh AHB.

LANGKAH 5 :

Sertai kelas-kelas dan program-program Kelab Peminat Jepun.


Jadi itu saja, 5 langkah yang peminat Jepun boleh buat untuk menghubungkan Malaysia dan Jepun melalui AHB!

Langkah 1 hingga 4 boleh dibuat secara percuma saja, manakala langkah 5 pula ada yuran-yuran penyertaannya bagi setiap kelas dan program. Langkah 5 ni pilihan. Kalau taknak menyertai pon takpe. Tiada paksaan.

Yang penting, mendaftarlah sebagai pelajar AHB kalau nak menyertai dengan harga yuran istimewa!😎


Okay! Jadi pada post akan datang, saya akan terangkan pula bagaimana PELAJAR AHB boleh menghubungkan Malaysia dengan Jepun 🀩

Jadi macam mana CARA 1 ni? mudah saja kan? dengan menjadi PEMINAT saja pon korang dah boleh menyumbang sesuatu untuk menghubungkan Malaysia dengan Jepun 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *