Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pada bulan lepas saya telah menghasilkan aliran pengurusan Kumpulan Artis NIJI (boleh tengok dekat sini) yang menyertai AHB tapi sebab masa tu juga baru dipraktiskan, maka saya masih lagi perlu untuk memperbaiki aliran pengurusan supaya benar-benar relevan dan berkesan bagi membantu artis😌
Jadi setelah sebulan ‘trial & error’, Alhamdulillah saya telah berjaya menghasilkan formula yang saya yakin berkesan dalam membantu Artis NIJI untuk :
🔸 meneruskan dan mengembangkan legasi seni mereka
🔸 menambah sumber pendapatan mereka
Formula ini saya namakan sebagai, formula “krewprodukbakatFCPJprodukmedia”!
okay sorry nama formula tak berapa nak kreatif haha😂 tapi tak kisah la! Janji saya sebagai pengurus faham kekeke
Jadi saya ringkaskan formula ini dalam gambarajah di bawah
Jadi saya nak terangkan sikit mengenai aliran pengurusan artis mengikut formula “krewprodukbakatFCPJprodukmedia” bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pengurus bakat, hehe.
Bagi memudahkan, saya akan terangkan satu-satu ikut langkah. Dan sebab penerangan ini tersangatlah panjang, maka saya akan pecah-pecahkan penerangan kepada beberapa bahagian, kekekeke
Okay! Jom mulakan!🤩
🌱KREW
Apabila seseorang artis itu menyertai akademi, perkara pertama yang saya akan buat ialah untuk membentukkan sebuah krew pengurusan khas untuk artis tu .
Krew pengurusan ni ialah mereka yang boleh membantu artis membuat kerja..terutama sekali apabila sudah ada fanclub nanti.
Dan disebabkan itu jugalah saya cakap sebelum ni di page saya yang akademi tidak mengambil apa-apa keuntungan dari perkhidmatan pengurusan artis ini. Ini kerana kebanyakan kerja dilakukan oleh krew pengurusan dan bukannya akademi😁
Akademi hanya menyediakan platform, bantu mempromosikan artis dan juga memastikan aliran pengurusan artis adalah mengikut formula yang telah ditetapkan.
Maksudnya, ada sistem la hehe
Oh ye, bercakap tentang krew juga, artis boleh mencari sesiapa saja untuk dimasukkan ke dalam krew mereka. Walaubagaimanapon, akademi juga boleh bantu cari jika diperlukan💪 Jangan dibimbangkan! 🤩 Cuma lambat sikit la, sebabnya akademi sendiri takde krew lagi😂
Apa-apa pon biar lambat. Asal kerja ikut susunan. Yang penting pengurusan artis ini ialah untuk jangka panjang. Jadi tak perlu terburu-buru.
🍀PRODUK ATAU PROGRAM LATIHAN BAKAT
Okay, apabila sudah ada krew, langkah seterusnya adalah untuk membentuk fanclub atau kelab peminat untuk Artis NIJI tu pula.
Jadi nak bentuk fanclub ni ada 2 cara, samada dengan menjual produk ataupon menganjurkan program latihan bakat.
Contohnya macam ni; Katakan Artis NIJI yang diuruskan ialah seorang kartunis.
Jadi ianya bergantung samada kartunis tu hendak menjual komik (produk) ataupon hendak membuat bengkel melukis (program latihan bakat) sebelum boleh menubuhkan fanclub.
Sebelum korang pening kepala, dipersilakan tengok pada gambarajah di atas, hahaha😂
Sila tengok betul-betul.
Anak panah berwarna merah menunjukkan yang kartunis itu memilih untuk menjual komik, manakala anak panah berwarna jingga pula menunjukkan yang kartunis itu memilih untuk membuat bengkel melukis. Setelah pilihan dibuat, barulah AHB boleh menubuhkan fanclub pula bagi kartunis itu.
Jadi macam mana AHB boleh bantu mendapatkan ahli fanclub melalui jualan komik dan juga penganjuran bengkel melukis kepada kartunis?
🍃 FANCLUB (KELAB PEMINAT)
Caranya ialah melalui yuran program dan harga produk! 🤩
Buat pengetahuan, yuran program dan harga produk yang dianjurkan/dihasilkan oleh krew pengurusan artis akan diberikan 2 pilihan sebagaimana yang korang boleh lihat di SINI.
Jadi sesiapa yang membeli produk atau menyertai program dengan harga/yuran PILIHAN 2 adalah automatik menjadi ahli kelab fanclub Artis NIJI berkenaan!
Dengan cara ini, AHB sudah boleh mendapatkan ahli fanclub untuk artis yang diuruskan. Mudah kan? 😁 Korang boleh lihat senarai fanclub untuk Artis NIJI di SINI. InsyaAllah senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa🥰
Jadi dengan menjual komik atau menganjurkan bengkel seni juga, kartunis berpeluang untuk mendapatkan ahli fanclub dan juga sumber pendapatan sampingan. Sebab itu jugalah harga produk/yuran program PILIHAN 2 lebih mahal dari PILIHAN 1😁
Ini kerana AHB tidak akan mengambil sebarang komisen dari harga produk ataupon yuran program latihan bakat yang dianjurkan oleh krew pengurusan Artis NIJI. AHB hanya mengambil keuntungan daripada pendaftaran pelajar AHB saja yang dibayar sekali seumur hidup.
Setakat ni boleh faham tak? Hehe
Okay! Maka itu saja dulu yang saya mahu kongsikan dalam bahagian pertama ini!
InsyaAllah pada masa akan datang saya akan terangkan pula macam mana dari penubuhan fanclub ini, artis boleh membuat projek bersama ahli fanclub dan seterusnya dapat menghasilkan produk untuk dijual!