Ini ialah video latihan percakapan dalam bahasa Jepun yang dibuat oleh pelajar Program Latihan Mentor Mentee SAIKOU iaitu Ummi Salamah ataupun nama panggilannya Misa-sanย
Dalam video ini, Misa mengajak kita berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya untuk mencari buah Mulberry. Jadi, dalam video ini kita boleh lihat bagaimana Misa cuba untuk bercakap dalam bahasa Jepun.
Video ini dihasilkan oleh Misa sendiri sebelum ditunjukkan kepada pengajar untuk diperiksa. Ianya adalah hasil inisiatif Misa sendiri untuk berlatih bercakap dalam bahasa Jepun. Bagus! Ini yang dinamakan “Pembelajaran Berpusatkan Pelajar” iaitu pelajar lebih aktif daripada guru dalam sesi pembelajaran.
Ketepatan percakapan adalah sederhana baik kerana ada beberapa kesalahan yang perlu diperbaiki lagi. Ini kesalahan buat rujukan yang lain-lain :
– pastikan perlu ada “desu” di setiap ayat positif.
– angsa ialah GACHOU.
– “angsa tidak ada pada hari ini” ialah KYOU GACHOU GA IMASEN.
– “mulberry merah” ialah AKAI MARUBERII
– “mulberry hitam” ialah KUROI MARUBERII
Pembelajaran adalah datang dari kelemahan dan kesalahan. Jadi jangan didik pelajar sehingga mereka takut untuk membuat salah. Tugas guru adalah memberi ruang kepada pelajar untuk terus memperbaiki diri lagi.
Video ini dihasilkan oleh MISA untuk Program Mentor Mentee SAIKOU