Lakaran Bangunan Akademi|PERKEMBANGAN AKADEMI

Assalamualaikum

Pejam celik dah masuk bulan 8 kan? hahaha..cepat masa berlalu..masuk bulan baru pada saya juga ialah langkah yang baru.

Jadi pada bulan ini fokus saya ialah ; mula mencari pelabur peringkat pertama.

Saya bahagikan sistem pelaburan kepada 3 peringkat. Ini nanti saya akan terangkan kemudian siap dengan gambar okay! Nanti senang nak fahamπŸ˜„

Okay jadi untuk minggu 1 ni saya kena siapkan bahan rujukan untuk bakal pelabur dulu. Harap-harapnya esok boleh siapπŸ’ͺ


🌸 LAKARAN BANGUNAN AKADEMI 🌸

Jadi! sebagai sebahagian dari bahan yang saya kena siapkan ialah lakaran atau draft bangunan akademi!

Sebab pada saya, bagi meyakinkan seseorang untuk melabur di dalam AHB, saya mesti tunjukkan dulu dalam bentuk visual ‘matlamat’ yang nak dicapai melalui AHB ni..betul? Sesuatu yang orang boleh nampak..jadi barulah tak nampak yang AHB ni hanya sekadar cakap-cakap atau syok sendiri, tapi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai.

Jadi penting untuk saya tunjukkan secara kasar pelan bangunan AHB kepada umum.

Ini pula pelan bangunan akademi yang saya akan letakkan dekat pusat sementara AHB 😁

Banyak lagi bahan yang saya kena siapkan..kena siapkan juga esok πŸ’ͺ

Jadi itu saja untuk blog kali ini! Jaga diri dan semoga kita semua sentiasa dilindungi olehnya, InsyaAllah πŸ₯°

Ingat, buat kerja kerana apa?

YA, KERANA ALLAH SWT. InsyaAllah Dia akan bantu walau macam mana sukarnya keadaan kita masa tu…just yakin saja k πŸ˜‰

Jya, ganbarimasu! (okay, saya akan buat yang terbaik!)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *