Walaupun musim Lavender sudah berlalu, keindahan warna bunganya mengamit kenangan yang terbawa-bawa dan ternanti-nanti untuk musim akan datang.
Selain warnanya yang memukau, keharuman, wangiannya turut menjadi kegilaan ramai pengunjung untuk ke sana lagi. Sesiapa yang datang ke sana, tiada perasaan yang boleh digambarkan.Pengemar bunga Lavender boleh datang ke Sapporo untuk melihat sendiri keindahan pemandangan di ladang Lavender yang berada di sana. Ladang Lavender yang berada di Hokkaido adalah sebuah pulau yang terletak di utara negara Jepun.
Berkeluasan 83.454km persegi. Suhunya sekitar 14°c. Populasi seramai 5.28 million (fakta pada Mei 2019). Nak tengok Lavender? Boleh jenguk di ladang Tomita yang terletak di Hokkaido. Ibu negeri kepada Sapporo. Mesti terpukau dengan apa yang kita nikmati di sana bukan? Tempat itu luasnya 250 hektar. Pergi sana boleh rehat-rehat dan solat sekali. Kalau bosan sebelum ini, sebaik melangkah ke situ, mata terus tak mengantuk apabila memandang berlatarbelakang pergunungan Tokachidake. Ladang ini dimiliki oleh keluarga Tokuman Tomita.
Musim Lavender ini terdapat pada bulan Ogos sehingga Oktober setiap tahun. Sepanjang perjalanan di Hokkaido, pelawat akan terasa terpesona menikmati keindahan bunga Lavender yang berwarna ungu untuk sampai ke Ladang Tomita. Di sana juga kita boleh melihat cara pemprosesan bunga Lavender untuk menghasilkan pelbagai produk. Penghasilan pelbagai produk daripada bunga Lavender seperti ais krim.
Selain itu, nak rasa bilik kalian bau lavender? Boleh cuba pewangi. Ladang Tomita juga ada menjual losen, minyak Lavender, sabun, pewarna makanan dan juga bungaan kering yang dikeringkan untuk simpanan masa akan datang. Ia boleh dijadikan buah tangan kepada pengunjung untuk dibawa pulang. Bungaan kering itu menjadikan kita termimpi-mimpi. Ianya terasa seolah-olah kita masih berada di sana. Perasaan yang tidak dapat diceritakan betapa seronoknya berada di sana.
Menariknya penduduk setempat mendapat peluang pekerjaan dan menghasilkan pelbagai produk melalui kajian dan pembangunan dari masa ke semasa. Untuk menikmati keindahan bunga Lavender boleh mengunjungi ladang tersebut.
Kalau nak pergi, tengok link ini jadi tahu cara-cara untuk nak ke sana:https://www.farm-tomita.co.jp/en/access/. Terdapat pelbagai lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Hokkaido. Nanti saya cerita lagi.
幸せな週末
Shiawasena shūmatsu
#JomPJapan
Artikel ditulis oleh SAMSIAH ARIFFIN. Beliau merupakan krew JOM P JAPAN TALENT. Kenali Samsiah Ariffin dengan lebih dekat lagi di sini.