Kumpulan Sasaran

AHB mensasarkan perkhidmatan mereka kepada 4 buah kumpulan iaitu :

⭐️ Warga Malaysia yang berminat mendaftar sebagai pelajar AHB

⭐️ Warga Malaysia yang berminat menyertai Kumpulan Artis NIJI sebagai artis atau bakat

⭐️ Warga Malaysia yang berminat menyertai Program Latihan Bakat NIJI sebagai pelatih

⭐️ Warga Malaysia/Jepun/Korea Selatan yang berminat menyertai Program Keusahawanan IIKANJI sebagai usahawan

⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️⚫️ ⚪️

WARGA MALAYSIA YANG BERMINAT MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR AHB

Syarat-syarat bagi mendaftar sebagai pelajar AHB adalah seperti di bawah :

✔️Warga Malaysia berumur 13 tahun ke atas
✔️Merupakan peminat atau menyukai negara Jepun/negara Korea Selatan ATAU warga Malaysia yang cinta akan negar

(Nota : Pelajar akan dimasukkan ke dalam Kelab Tori Tori sejurus selepas mendaftar dan layak menyertai sebarang program atau aktiviti kelab. Pelajar juga bebas menyertai mana-mana kelab peminat untuk mengikuti program atau aktiviti yang dianjurkan di bawah kelab peminat)

WARGA MALAYSIA YANG BERMINAT MENYERTAI KUMPULAN ARTIS NIJI SEBAGAI ARTIS ATAU BAKAT

Warga Malaysia yang berminat tidak perlu mendaftar sebagai pelajar untuk menyertai Kumpulan Artis NIJI. Mereka boleh menghubungi pengurus bakat untuk melalui proses ujibakat sebelum boleh menyertai. NIJI TALENT juga akan mencari dan merekruit mana-mana artis atau bakat untuk ditawarkan perkhidmatan yang akan mereka perolehi sekiranya menyertai Kumpulan Artis NIJI.

WARGA MALAYSIA YANG BERMINAT MENYERTAI PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI SEBAGAI PELATIH

Mereka yang berminat atau berpotensi untuk menyertai Kumpulan Artis NIJI juga boleh memasuki Program Latihan Bakat NIJI untuk dilatih sebelum benar-benar layak menjadi ahli Kumpulan Artis NIJI. Mereka boleh menghubungi pengurus bakat untuk melalui proses ujibakat sebelum boleh menyertai. Mereka tidak perlu mendaftar sebagai pelajar untuk menyertai program latihan ini.

WARGA MALAYSIA/JEPUN/KOREA SELATAN YANG BERMINAT MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN IIKANJI SEBAGAI USAHAWAN

Program ini terbuka kepada semua usahawan samada di Malaysia, Jepun atau Korea Selatan yang berminat untuk bekerjasama dengan AHB & Kedai Online IIKANJI untuk mempromosikan dan menjual produk mereka. Usahawan ini tidak perlu mendaftar sebagai pelajar AHB untuk menyertai program ini.