
Dahulu, sebelum ada sake, orang-orang Jepun minum Kuchikamizake. Kuchikamizake adalah minuman yang dibuat dari tapai beras yang dicampur dengan air liur anak gadis dara.
Dalam proses pembuatannya, anak gadis dara Jepun akan mengunyah beras kemudian dimuntahkan ke dalam bekas. Setelah itu, bubur beras yang sudah tercampur air liur gadis anak dara akan dibiarkan selama 2 minggu.
Kenapa gadis anak dara? Jawapannya ringkas. Habis tu, takkan nak minum air liur nenek-nenek?
Kalau menurut kajian, semakin tua seseorang maka mikroorganisma yang ada di dalam mulut pun akan berubah. Jika air liur tersebut dibuat untuk Kuchikamizake, maka rasanya juga kurang enak.
Tradisi ini sudah dilakukan masyarakat Jepun sejak abad 3 sebelum Masihi. Tradisi ini juga telah masuk ke dalam kepercayaan Shinto. Setiap gadis anak dara pada zaman itu ditugaskan untuk membuat Kuchikamizake.
Sayangnya, tradisi ini sudah hampir pupus kerana pelbagai alasan, mulai dari masalah kesihatan, teknologi yang sudah canggih dan banyaknya wanita yang kurang setuju dengan tradisi ini. Hanya beberapa tempat khusus saja yang masih melakukan ini dengan tujuan mengekalkan tradisi.
(Kimi No Nawa : Your Name)
ミライニザム
Artikel ditulis oleh MIRAI NIZAM. Beliau merupakan Pelatih NIJI. Kenali Mirai Nizam dengan lebih dekat lagi di sini.