Assalamualaikum
Rasanya dah lama saya tidak update blog untuk CERITA ARTIS ini. Malah dah terlupa pula nak sambung apa dari post yang lepas ๐คช
Jadi saya akan tangguhkan dulu post yang lepas tu, nant ada idea saya akan sambung balik, hahaha๐
Saya juga berharap agar gaya penulisan untuk blog saya ini juga akan lebih bersahaja mulai skg supaya takde la kelihatan macam robot, nama pon blog kan? ๐ Yang penting saya harap sesiapa saja yang membaca blog saya ini pada masa akan datang dapat lebih memahami perspektif dan perasaan saya sendiri ketika bercerita mengenai artisโจ
Artis bukan sekadar artis dalam hidup saya. Mereka sebahagian dari diri saya. Oh ye, artis yang saya maksudkan dekat sini mestilah boygroup, hahaโค๏ธ

Antara cerita artis yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah tentang penglibatan boygroup KPOP SuperM dalam event WORLD MENTAL HEALTH DAYย anjuran World Health Organisation (WHO). Dalam kempen yang dianjurkan pada pada 10 Oktober yang lepas, SuperM telah menyanyikan sebuah lagu dari album pertama mereka iaitu SUPER : ONE yang bertajuk โBetter Daysโ. Dalam keadaan dunia yang masih lagi berperang dengan pandemic COVID-19, Mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu ini sangat mendalam iaitu untuk memberikan harapan kepada generasi muda bahawa hari-hari yang sukar ini akan berlalu dan pastinya hari yang lebih baik akan tiba, jadi janganlah berputus asa dan teruskan berjuang.
Ini antara lirik dalam lagu BETTER DAYS ๐
Secara peribadinya, saya sangat mengemari lagu ini kerana ianya mengandungi mesej positif yang SuperM mahu sampaikan kepada bukan saja peminat mereka tetapi kepada orang lain yang sedang terkesan dengan COVID-19 sekarang.
Dan kepada badan organisasi seperti WHO yang memberikan kepercayaan kepada kumpulan KPOP SuperM bagi menyertai event ini juga sudah cukup membuktikan mengapa saya mengatakan yang boygroup juga boleh menjadi pemimpin.๐
Boygroup ini sememangnya boleh memberikan pengaruh yang baik kepada bukan saja kepada peminat tetapi juga kepada masyarakat dunia.๐ฅฐ
Dekat bawah saya kongsikan antara klip-klip SuperM berkaitan dengan event WHO ini.