Kimbap atau Gimbap (김밥, gimbap) adalah snek negara Korea yang sangat digemari dan terkenal. Kimbap terdiri dari nasi (밥,bap) yang digulung dengan rumpai laut kering (gim) manakala isi gimbap pula ada bermacam-macam jenis seperti daging, sosej, danmuji (jeruk lobak putih) atau telur goreng. Secara tradisionalnya, nasi diperisakan dengan garam dan minyak bijan atau minyak perila. Kimbap dipotong menjadi kecil dan disajikan sejuk, biasanya disajikan dengan sup miso dan kimchi.
Kimbap terpilih sebagai antara 100 jenis masakan Korea yang paling digemari oleh orang luar negara.
Resepi : https://www.youtube.com/watch?v=Y-Y9CXGRJPU
BONUS!
Apakah perbezaan di antara sushi & kimbap??
Secara asasnya, sushi & kimbap adalah sama iaitu sejenis makanan yang terdiri dari nasi putih yang diperisakan dan diletakkan inti seperti makanan laut, daging, ayam, telur dan sayuran dan dihidangkan bersama-sama dengan kepingan rumpai laut. Kedua-duanya juga adalah sejenis snek atau makanan ringan yang ideal untuk dihidangkan ketika berkelah.
Namun sushi & kimbap ada beberapa perbezaan.
Perbezaan 1
Sushi berasal dari Jepun manakala kimbap berasal dari Korea.
Perbezaan 2
Saiz sushi (jenis yang digulung) adalah lebih kecil berbanding kimbap
Perbezaan 3
Nasi sushi diperisakan dengan cuka dan gula manakala kimbap diperisakan dengan minyak bijan atau minyak perila.
Perbezaan 4
Inti sushi secara amnya adalah bahan mentah (tidak dimasak) manakala inti bagi kimbap dimasak terlebih dahulu.
Perbezaan 5
Inti kimbap selalunya mesti ada danmuji atau sayur yang diperam manakala sushi menggunakan sayuran segar (lazimnya sayuran yang digunakan sebagai inti sushi adalah timun dan lobak merah).
Perbezaan 6
Sushi ada pelbagai jenis seperti temaki-sushi, maki-sushi, chirashi-sushi dan sebagainya. Manakala kimbap pula hanya ada satu jenis saja.
Perbezaan 7
Sushi dicicah dengan kicap soya bersama wasabi sebelum dimakan manakala kimbap boleh dimakan begitu sahaja.
P/S : Yang mana satu kegemaran para pembaca sekalian? Admin lebih suka sushi, hehe ☻