Semenjak COVID-19, bagi orang kaya boleh jadi hartanya berkurang. Orang yang dalam kelompok kelas pertengahan pula mungkin akan kehilangan kerja, cuma ada sedikit simpanan. Bagaimana pula apabila mereka dalam kelompok kurang berada dan juga golongan OKU. Tentu sekali keadaan akan menjadi bertambah mencabar.
Ada di antara mereka hendak beli makanan pun sudah menjadi kepayahan yang amat sangat. Apabila apabila golongan OKU hendak mendapatkan pekerjaan. Lagi-lagi waktu sekarang bertambah susah. Ada yang terpaksa korek tabung yang berbaki kerana sudah tiada apa-apa lagi.
Ada di antara mereka tidak mempunyai rumah. Mereka yang tiada rumah juga mempunyai pelbagai cerita disebaliknya. Ada yang dihalau ada sendiri, ada yang tuan rumah halau keluar rumah kerana sakit dan tidak mampu bekerja.
Begitu juga ada cerita hubungan anak ayah yang tidak berapa elok. Sesetengah dari mereka juga merupakan anak yatim piatu, jadi tidak tahu hendak ke mana.
Sepanjang keberadaan di Jepun, susah-susah pun masih cukup lagi makan minum tanpa meninggalkan sayur. Susah-susah pun masih mampu bayar duit sewa rumah, duit bil elektrik dan duit smartphone.
Di Jepun, sesetengah golongan yang bergelandangan adalah pemilik bisnes yang sudah bangkrup. Semua harta dan aset sudah dijual dan tiada apa-apa.
Ketika musim sejuk, ia lagi sukar bagi mereka kerana tidur tanpa ada heater. Benda yang ada cuma selimut tebal dan kotak. Rasa sebak apabila terdengar kisah-kisah mereka, dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku sekarang, bertambah susah hendak mencari rezeki.
Kita doakan mereka supaya disentuh rahmat dan rezeki rapat-rapat.
*teringat drama Jepun yang dibintangi oleh Kimura Takuya berjudul Priceless. Dari ada duit terus tinggal bergelandangan.
Sumber foto: https://mydramalist.com/5169-priceless
Artikel ditulis oleh KAMAL ZHARIF oleh JOM P JAPAN