Assalamualaikum🥰
Jadi saya akan simpulkan perkembangan AHB yang berlaku pada 22/10/2020 sehingga 28/10/2020. Sebenarnya ada banyak benda yang berlaku dalam jangka waktu ni walaupun saya tak boleh nak aktif sangat (malah kebanyakkan waktu hanya boleh buat kerja dekat rumah saja). Boleh baca juga dekat post ini sebab saya juga ada berkongsikan dekat situ.
Jadi saya akan kongsikan 2 target utama minggu ini saja yang sudah tercapai!

Hubungan kerjasama antara AHB
Alhamdulillah pada minggu ini akademi sudah mula membuat kerja-kerja usahasama bagi mempromosikan kedua-dua belah pihak. Jadi selain daripada kedai online IIKANJI, pada minggu ini akademi telah mulakan draft kerjasama bersama FIZA SUSHI & Perpustakaan Desa Kg Serkat pula. InsyaAllah bulan depan boleh kongsikan lebih info lagi 🤩

Program Latihan Bakat NIJI
Sebenarnya ada 2 projek program ni yang tengah berjalan skg iaitu projek Star JOM P JAPAN yang dah dimulakan minggu lepas dan juga projek untuk penubuhan kumpulan artis untuk daerah Pontian ni dan sudah dimulakan pada minggu ini. Info lanjut juga akan dikongsikan pada bulan depan!🥰