Kepada usahawan yang pernah ke seminar Dr Azizan Osman, pasti mereka ini akan diajar bagaimana untuk memperkenalkan kepakaran yang mereka ada, sekaligus mencerminkan identiti mereka sebagai seorang usahawan.
Setelah mengambil masa beberapa bulan untuk membina struktur AHB, kini barulah saya ada masa untuk memikirkan tentang kepakaran saya, hehe. Jadi Alhamdulillah, ini hasilnya π
βοΈKEPAKARANβοΈ
Nama saya Norjan Binti Ahmad. Sidonia Locke ialah nama artistik saya. Saya merupakan pengasas Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB).
Kepakaran saya adalah untuk menghubungkan negara Malaysia, Jepun & Korea Selatan melalui bakat dan tenaga manusia dalam bidang seni hiburan samada golongan selebriti mahupun kumpulan artis yang dihasilkan atau diuruskan oleh AHB.
Saya dapati bahawa bidang seni hiburan dan golongan yang berbakat dalam bidang seni ini masih lagi dipandang rendah dan dilihat negatif oleh masyarakat. Malah di Malaysia juga masih belum ada agensi atau institusi yang memberikan platform yang lebih luas supaya golongan yang berbakat ini boleh berhubung dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
Maka, melalui kepakaran saya, saya boleh membantu golongan yang berbakat dalam bidang seni ini untuk berhubung dengan masyarakat samada di Malaysia, Jepun atau Korea Selatan melalui pelbagai program dan perkongsian dalam bentuk tulisan di AHB, supaya mereka ini boleh memberikan manfaat atau menyumbang kepada masyarakat dengan menggunakan bakat yang mereka ada. Seterusnya dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap dunia seni hiburan dengan lebih baik lagi dan secara tidak langsung dapat menghubungkan antara ketiga-tiga buah negara.
Dan sebab itulah pada gambar profil, saya letakkan seperti ini π

Saya ingin dikenali sebagai seorang pengurus, penulis dan penghubung yang boleh menghubungkan negara Malaysia, Jepun & Korea Selatan dalam bidang seni hiburan.
Saya mahu menjadi orang tengah yang boleh membantu menguruskan golongan berbakat ini untuk memberikan manfaat kepada masyarakat. Saya mahu menjadi orang yang boleh menunjukkan sisi positif golongan berbakat ini melalui penulisan saya. Saya juga mahu menjadi orang yang boleh menghubungkan antara ketiga-tiga buah negara melalui bakat dan tenaga manusia yang diuruskan di akademi yang saya asaskan sendiri.
Jadi itulah dia, hehe. Saya harapkan agar selepas ini saya akan lebih bersemangat lagi untuk terus berjuang menggunakan kepakaran saya ini supaya saya boleh menjadi orang yang saya mahukan.
Apa-apapun, sentiasa follow saya di page FB untuk mengikuti perkembangan kerja saya di sana okay! π