Kenali Astel Leda, VTuber Terkenal Dari Jepun

Ketika dunia kekurangan hiburan ketika lockdown akibat pandemic COVID-19, dunia Vtubers menyaksikan masa yang paling berjaya oleh kerana platform Youtube yang menjadi tumpuan utama. Jadi apa itu Vtuber bagi mereka yang tertanya-tanya?

Vtubers adalah penghibur dalam talian yang menggunakan avatar maya yang dihasilkan menggunakan grafik komputer. Sebilangan besar VTuber adalah YouTuber berbahasa Jepun atau live streamer dengan menggunakan reka bentuk avatar yang diilhamkan dari desain anime. Mereka selalunya akan strim permainan online, nyanyian dan pelbagai lagi. 

Ramai Vtuber mendapat perhatian terutama dengan adanya agensi bakat Vtuber yang besar seperti Nijisanji dan Hololive di Jepun. Setiap Vtuber, di bawah agensi atau persendirian semuanya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Namun hari ini, saya ingin memperkenalkan kepada semua orang Vtuber yang sangat berbakat dengan nama Astel Leda, yang merupakan Vtuber lelaki Jepun dari cawangan Hololive, iaitu Holostars.

Dia juga merupakan anggota generasi kedua Holostars, juga dikenali sebagai “SunTempo” bersama Kishido Temma dan Yukoku Roberu. Keunikan dalam Holostars terletak pada citra mereka sebagai kumpulan idola dan juga basis peminat yang terdiri daripada sebilangan besar peminat antarabangsa.

Astel Leda telah debut pada 7 Disember 2019 dan menggambarkan seorang budak lelaki dari luar angkasa berambut alunan biru dan putih. Strim permainan onlinenya merangkumi permainan seperti Apex Legends, Minecraft, Animal Crossing, dan banyak lagi permainan pelbagai genre. Astel memasuki Kejohanan VTuber Apex Legends Shibuya Hal bersama Kanade Izuru dan Kagami Kira, dengan nama kumpulan mereka, Chibistars, di mana mereka akhirnya menduduki tempat ke-5 daripada 20.

Di samping itu, Astel menduduki tempat ke-4 daripada semua pemain di mana skornya seri dengan Vtubers terkenal, Sato Asahi dan Kanae. Ini membuktikan betapa mahirnya dia dalam APEX, yang merupakan permainan pertarungan battle royale first-person-shooter (FPS).

Selain gaming, Astel juga merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Dia mampu bernadakan rendah seperti suara wanita (yang dikenali sebagai A-chan) hingga nada yang tinggi dan menonjolkan kelakiannya. Dia sangat meminati lagu-lagu Disney dan sering melakukan strim nyanyian lagu-lagu Disney yang tidak diarkibkan di mana dia menyanyi dengan nada yang berbeza seolah-olah ada tiga versi Astels.

Dia juga sering berkolaborasi bersama anggota Holostars yang lain dengan menyanyikan lagu-lagu yang terkenal di Jepun. Astel juga mampu berbahasa Inggeris dengan baik seperti yang dilihat dalam banyak strimnya ketika dia berinteraksi dengan peminat antarabangsa.

Bagi mereka yang belum mengetahui siapa itu Astel Leda, saya mengesyorkan chanel Youtubenya kepada yang meminati gaming dan juga lagu-lagu yang hebat.


Artikel ditulis oleh RIZQ. Beliau merupakan pelatih PROGRAM TEMAN PENA & BUKU. Kenali Rizq  dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *