Kematian Haruma Miura : Masalah Tekanan Perasaan Atau Dibuli? |CERITA ARTIS #1

Assalamualaikum

Semalam dunia dikejutkan dengan kematian pelakon Jepun terkenal iaitu HARUMA MIURA. Dikatakan punca kematian besar kemungkinan adalah kerana membunuh diri memandangkan mendiang ketika ditemui adalah dalam keadaan tergantung di rumahnya.

HARUMA MIURA. Umurnya baru 30 tahun. Masih muda lagi.

Walaupun bukan peminat, tapi saya sedih dan terkesan juga la apabila mendengar berita kematiannya itu.

Apabila berita mula tersebar di semua platform media, pelbagai persoalan mula timbul, terutama sekali di kalangan peminat dunia hiburan ; KENAPA MENDIANG MEMBUNUH DIRI? APA PUNCANYA? Adakah kerana masalah tekanan perasaan akibat dicemuh secara online oleh nitizen? Ramai peminat yang mula tertanya-tanya.

Kenapa?

Sebab jika dilihat dari akaun instagram mendiang, tak nampak pon tanda-tanda orang yang kemurungan atau mengalami tekanan perasaan. Malah post terakhir yang dipost 4 hari sebelumnya menunjukkan yang mendiang sangat teruja dengan projek baru yang akan melibatkan dirinya.

Dikatakan yang sebelum ini mendiang pernah memadam semua post-post lama di akaun instagram miliknya sebelum mengisikannya dengan post-post baru, seakan-akan mendiang hanya mahu menunjukkan tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

Siapa sangka orang yang seperti ini boleh membunuh diri?

Tapi itulah bahayanya orang yang mengalami tekanan perasaan ini. Tampak gembira dan mewah dari luaran, tapi dalamannya…jiwanya..perasaannya..hanya mereka saja yang tahu.

Tapi pada pendapat saya, selebriti perempuan mungkin lebih ‘nampak’ sikit masalah emosi mereka yang tidak stabil berbanding selebriti lelaki.

Ini dari apa yang dilihat melalui mendiang Sulli, Goo Hara & Hana Kimura sebelum ini.

Persoalannya dekat sini. Jika betul mendiang Miura membunuh diri disebabkan masalah tekanan perasaan..adakah ianya memang benar-benar disebabkan oleh cemuhan netizen (atau cyber-bullying)?

–File–Japanese actor and singer Haruma Miura attends a news conference of his TV series ‘Two Weeks’ in Taipei, southeast China’s Taiwan province, 29 August 2019. Popular actor Haruma Miura was found dead at his Tokyo home on Saturday, media reports said. (Imaginechina via AP Images)

Kalau benar, memang tidak hairanlah kerana masalah cyber-bullying ini memang tidak dapat dinafikan kesannya pada emosi seseorang.

Bayangkan jika anda dimaki, dihina, dikecam oleh orang yang anda tidak kenali, secara terbuka dan anda tidak boleh berkata apa-apa mengenainya kerana status anda sebagai selebriti, lagi-lagi jika anda di bawah syarikat pengurusan artis. Tentu sekali anda perlu jaga juga perasaan mereka yang di ‘atas’, bukan?. Akibatnya kesedihan anda hanya mampu dipendam saja.

Tak hairanlah jika ‘BUNUH DIRI’ saja pilihan yang ada pada mereka.

Sedih. Itu saja yang saya boleh katakan. Alangkah indahnya jika ada agensi yang boleh menjaga kebajikan emosi golongan selebriti seperti ini.

Golongan ini menghiburkan orang ramai melalui bakat mereka, tapi mereka dipandang sebagai orang yang tidak boleh langsung membuat salah. Bebannya menjadi selebriti.

Mungkin pada orang lain, selebriti ini hanyalah penghibur semata-mata. Tapi saya memandang tinggi mereka kerana saya percaya, bakat yang mereka ada, seandainya boleh dibimbing dan dijaga dengan betul, mereka ini boleh menjadi pemimpin pada generasi kini.

Saya harap satu hari nanti saya boleh mengubah keadaan ini. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *