KELAB TORI TORI

Kelab TORI TORI merupakan sebuah kelab komuniti untuk semua pelajar AHB untuk mengeratkan silaturahim dan melakukan aktiviti yang diminati. Tiada bayaran bulanan untuk menyertai kelab ini. Pelajar adalah secara automatik ahli kelab TORI TORI setelah mendaftar sebagai pelajar AHB.


Antara program dan aktiviti kelab ini ialah :

🌈 Program gotong royong
🌈 Program amal bagi mengumpul dana
🌈 Program pameran dan karnival
🌈 Jualan
🌈 Permainan
🌈 Pertandingan


Perjumpaan Ahli Kelab TORI TORI

Perjumpaan dengan ahli kelab akan sentiasa dibuat mengikut aktiviti yang sudah dirancang. Perjumpaan boleh dibuat di pusat operasi atau pon di mana-mana saja tempat yang bersesuaian. Ahli yang berminat boleh hadir ketika perjumpaan. Kehadiran adalah tidak diwajibkan.