Assalamualaikum
Pejam celik sudah 3 bulan Kumpulan Bakat NIJI (NIJI Talent) ditubuhkan di bawah AHB! Alhamdulillah..terasa macam sekejap saja masa berlalu, hehe

Alhamdulillah dalam masa 3 bulan ini, AHB sudah mendapatkan beberapa orang bakat, dan ianya termasuklah 6 orang pelukis yang kami ada kongsikan di akaun instagram π Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami di sana juga sebagai tanda sokongan ya! Kami masih lagi ‘baby’, tapi InsyaAllah, selangkah demi selangkah AHB akan terus berusaha untuk mengembangkan operasi kumpulan bakat ini mengikut apa yang telah dirancangkan πͺπͺ
Oh ya! Bercakap tentang langkah, Alhamdulillah pada bulan ini kami akan memperkenalkan kepada anda semua, sebuah kelab khas untuk peminat seni yang diletakkan di bawah NIJI TALENT! AHB telah merangka program-program best kepada ahli kelab dan ianya juga termasuklah rombongan belajar ke Jepun & Korea Selatan!
Sebagai peminat seni negara Jepun dan/atau negara Korea Selatan, anda mesti ada pasang angan-angan untuk melawat ke bangunan-bangunan syarikat hiburan, studio animasi ataupun bangunan syarikat penyiaran kan? Haa..jadi boleh la anda jadikan angan-angan itu satu kenyataan melalui program rombongan belajar ini nantiπ₯°
Bukan itu saja, anda juga boleh mengenali bakat-bakat NIJI TALENT dengan lebih dekat lagi setelah anda menyertai kelab ini! Melalui kelab ini juga anda boleh menyokong bakat-bakat ini untuk terus berkarya! Hehe..seronok tak setakat ni agak-agak??