Assalamualaikum semua! Apa khabar?
Admin harap sesiapa yang membaca post ini sentiasa dI bawah lindungan-Nya😊
Dalam post ini admin ingin menceritakan sedikit mengenai Kelab Peminat Jepun (KPJ) di bawah AHB yang telah dilancarkan pada bulan lepas.

KPJ adalah salah satu daripada 4 buah kelab AHB yang dilancarkan secara berperingkat.
Buat pengetahuan, 4 buah kelab ini ialah :
🔻KELAB PEMINAT JEPUN : Sebuah kelab khas untuk pelajar berdaftar AHB yang juga adalah peminat negara Jepun. Dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran pada April 2020.
🔻KELAB PEMINAT KOREA : Sebuah kelab khas untuk pelajar berdaftar AHB yang juga adalah peminat negara Korea. Dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran pada Ogos 2020.
🔻KELAB PEMINAT MALAYSIA : Sebuah kelab khas untuk pelajar berdaftar AHB yang juga adalah warga Malaysia yang cintakan negara. Dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran pada Disember 2020.
🔻KELAB TORI TORI : Sebuah kelab komuniti AHB. Pelajar berdaftar AHB adalah automatik merupakan ahli Kelab Tori Tori. Pihak pengurusan AHB juga adalah ahli kelab ini. Akan mula diaktifkan pada pertengahan 2021.
Setiap kelab di atas ini juga mempunyai program dan aktiviti sendiri. Jadi pelajar WAJIB menyertai kelab tersebut sekiranya ingin menyertai sesuatu program.
Sebagai contoh, kelas Bahasa Jepun HANYA terbuka kepada ahli KPJ. Jadi, untuk mengikuti kelas ini, pelajar AHB perlulah menyertai KPJ terlebih dahulu. Macam tu 😁
Satu lagi yang semua orang perlu tahu ialah, setiap kelab di atas mempunyai yuran bulanan masing-masing (kecuali Kelab Tori Tori yang percuma saja). Yang ni admin akan terangkan lebih terperinci nanti k..yelah, bila sebut pasal yuran bulanan ni mesti rasa berat kan? (Tapi berbaloi sebenarnya!🤩)
Walaupun, KPJ ini sudah dilancarkan dan sudahpon dibuka untuk pendaftaran, namun ada banyak perkara yang perlu diterangkan terlebih dahulu mengenai KPJ sebelum AHB betul-betul boleh mempromosikan pendaftaran ahli kelab secara lebih aktif lagi.
Yelah, benda baru kan? Banyak yang perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum boleh ‘pecut’, step by step hehe. InsyaAllah admin akan terangkan pula mengenai program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh KPJ pada post akan datang, jadi sentiasa update dengan kami!
Oh ya! Selain itu, anda boleh mengenali KPJ melalui siri video di SINI. Anda juga boleh mengikuti update mengenai KPJ di instagram menggunakan hashtag #kelabpeminatjepun .
Kepada yang rasa-rasa berminat tu, belajar dulu mengenai KPJ ni sebelum boleh menyertai ye. Tak perlu rush, hehe..baiklah! kita jumpa pada post akan datang!