KELAB PEMINAT ARTIS & KUMPULAN ARTIS NIJI| PERKEMBANGAN AKADEMI #15

Assalamualaikum semua!

Saya harapkan sesiapa yang membaca post blog ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, InsyaAllah 🥰 Sekarang saya akan berkongsikan perkembangan akademi pada minggu ini pula, iaitu dari 1/10/2020 sehingga 7/10/2020!

Alhamdulillah pada minggu ini, bahagian AHB yang menguruskan bidang seni & hiburan iaitu NIJI TALENT sudah ada struktur organisasi yang baru seperti di bawah!

Nama Kumpulan Bakat NIJI juga sudah diubah kepada Kumpulan Artis NIJI agar lebih bersesuaian. Saya juga telah menambah penubuhan Kelab Peminat Artis sebagai antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada bakat atau artis di dalam Kumpulan Artis NIJI.

NIJI BUZZ pula ialah platform media AHB yang berkongsikan pelbagai info mengenai industri seni dan hiburan terutamanya di Malaysia, Jepun & Korea Selatan.

InsyaAllah bagi gerak kerja untuk mencari artis-artis yang boleh dimasukkan dalam Kumpulan Artis NIJI yang akan disambung semula pada minggu depan dan artis-artis sedia ada akan dimaklumkan mengenai perkhidmatan Kelab Peminat Artis ini.

Seterusnya, pada minggu ini juga, IIKANJI SHOPPING CENTRE iaitu rakan kerjasama AHB sudah ada struktur organisasi mereka sendiri seperti di bawah :

Jadi Alhamdulillah, saya juga sudah mula berbincang dengan pengurus IIKANJI iaitu cik Wahidah mengenai gerak kerja IIKANJI. Dan InsyaAllah kami juga sudah boleh fokus lebih kepada Program Keusahawanan IIKANJI bermula pada minggu ini. Banyak produk juga yang boleh dijual di kedai online IIKANJI ni, hehehe. Seronok pula berbincang dengan cik Wahidah semalam. Buat pengetahuan cik Wahidah juga merupakan seorang pelajar AHB dan sudah memasuki peringkat 2 PROGRAM SOKOLA kerana beliau sudah mula ‘menyimpan’ duit bersama AHB melalui yuran Kelab Peminat Jepun.

Best kan? Apabila anda mendaftar sebagai pelajar AHB, anda bukan saja akan kekal sebagai pelajar..selagi aktif anda boleh menyumbang kepada AHB maka lagi banyak tugas dan InsyaAllah lagi banyak peluang untuk membuat duit bersama AHB 😁

Baiklah, jadi itu saja untuk perkembangan AHB pada minggu ini yang boleh dikongsikan! Berjumpa lagi pada minggu depan InsyaAllah dengan perkongsian perkembangan yang lain, InsyaAllah 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *