K-Clique tercalon dalam MTV EMA 2020 | PUSPITA

Sumber gambar : malay mail

K-Clique, kumpulan hip hop tempatan yang semakin digemari ramai anak-anak muda masa kini, telah dicalonkan dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik untuk Anugerah Muzik Eropah yang akan berlangsung pada 8 November ini.

Somean, salah seorang ahli kumpulan mengatakan bahawa pencalonan itu adalah sesuatu yang sangat tidak disangka-sangka dan merupakan pengiktirafan yang besar memandangkan mereka masih lagi baru dalam industri hiburan.

Antara artis-artis yang turut tercalon dalam kategori yang sama ialah Agnes Mo dari Indonesia, Ben & Ben dari Filipina, Benjamin Kheng dari Singapura, Violette Wautier dari Thailand dan Jack dari Vietnam.

Sebelum ini, Joe Flizzow telah mencipta sejarah dengan menjadi penyanyi sulung dari Malaysia yang memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV pada tahun 2018 yang berlangsung di Sepanyol.

Sumber Asal : Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *