Johnny & Associates Telah Menetapkan Had Umur Bagi Johnny’s Jr

Pada 17 Januari 2021, Johnny & Associates telah mengumumkan di dalam website mereka bahawa syarikat itu telah menetapkan had umur kepada Johnny’s Jr. Polisi baru ini akan berkuatkuasa pada 31 Mac 2023. Mulai hari itu, tiada lagi perjanjian akan dibuat dengan akademi untuk debut apabila pelatih mencapai umur 22 tahun. Kontrak pelatih yang sudah mencapai umur 22 tahun akan ditamatkan pada hari itu.

Johnny & Associates menerangkan sebab di sebalik polisi baru itu adalah kerana 22 tahun adalah peringkat ‘halatuju kehidupan’ di mana pada umur itu pelatih sudah mengenal pasti arah yang mereka akan ambil untuk masa hadapan mereka. Kadangkala, pelatih boleh menjadi sangat selesa kerana kedudukan syarikat, tanpa sedar akan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju mereka sendiri. Syarikat juga sebenarnya mahu mengembalikan projek Johnny’s Jr. kepada asalnya iaitu sebagai program di mana pelatih akan debut sebagai artis idola dan bukan kekal selamanya sebagai pelatih.

Perlu dijelaskan bahawa Johnny & Associates ada membuat perjanjian dengan beberapa ahli Johnny’s Jr. untuk menyimpan mereka sebagai pelatih pada saat di mana mereka sepatutnya meninggalkan syarikat.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *