Johnny & Associates, “Jerung” Industri Seni Hiburan Di Jepun : Bahagian 1 |BLOG NIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Macam yang saya pernah bagitahu pada post yang lepas. Idea asal penubuhan Akademi Seni & Media Houki Boshi pada tahun 2015 dulu ialah untuk menubuhkan sebuah akademi seni bagi menghasilkan kumpulan penghibur.

Jadi saya rasa saya juga patut menulis mengenai syarikat pengurusan artis dan agensi bakat di Jepun dan Korea Selatan, disebabkan SISTEM yang ada pada akademi juga hasil dari inspirasi SISTEM pengurusan mereka.

Bukan saya tak nak menulis mengenai syarikat pengurusan artis dan agensi bakat di Malaysia. Tapi saya masih belum nampak lagi mana-mana syarikat pengurusan artis dan agensi bakat tempatan yang benar-benar membawa jenama mereka sebagai syarikat pengurusan artis dan bakat yang dikenali.

Yang dikenali selalunya adalah artis. Tapi jarang yang mengenali syarikat pengurusan artis tu.

Dan bukan takde langsung syarikat pengurusan artis di Malaysia yang tidak terkenal. Rasanya semua orang pon tahu syarikat KRU STUDIOS sebab syarikat tu juga banyak melahirkan ramai artis-artis yang terkenal macam KRU, ELITE, X-FACTOR dan lain-lain.

Bangunan KRU STUDIOS dekat Cyberjaya. Sumber gambar : Mapio.net

Tapi sekali lagi, SISTEM.

Saya juga masih belum nampak lagi mana-mana syarikat pengurusan artis dan agensi bakat di Malaysia yang dapat buat 2 perkara di bawah :

  • Menghasilkan sistem yang berkesan bagi melatih dan menghasilkan bakat yang benar-benar berkualiti dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa buat jangka panjang.
  • menghasilkan sistem pengurusan yang benar-benar membolehkan artis-artis di bawah mereka untuk kekal lama di dalam industri.
Antara syarikat pengurusan artis yang terkenal di Korea Selatan. Oh ni yang lama, sekarang Big Hit Entertainment dah rebranding kepada HYBE

 

Jadi sebab itulah saya sangat berminat untuk menerapkan sistem pengurusan syarikat hiburan dan agensi bakat di Jepun dan di Korea Selatan  ke dalam sistem pengurusan AHB. Sebab syarikat hiburan dan agensi bakat di sana memang terkenal. Sistem pengurusan mereka juga memang terbukti dapat menghasilkan bakat serta artis yang berkualiti dan berdaya saing.

Saya meniru sistem mereka pon bukanlah 100%. Cuma ambil yang boleh disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dan yang baik-baik saja, hehe


Yosh! Jadi cukup dengan pengenalan!

Sebenarnya saya nak menulis mengenai syarikat dan agensi bakat juga dalam blog saya. Tapi tak sedap pula kalau takde pengenalan, haha😂

Sekurang-kurangnya sekarang korang dah tahu la sebab kenapa saya menulis mengenai syarikat pengurusan artis dan agensi bakat ni, kan?

Sebab saya tengah belajar tentang sistem pengurusan mereka. Maka sambil-sambil tu boleh la saya menulis bagi berkongsi dengan korang semua yang mungkin berminat juga, hehe


Jadi, macam yang saya cakap, di Jepun dan di Korea Selatan memang ada banyak syarikat pengurusan artis dan agensi bakat yang terkenal. Tapi yang mana satu yang saya nak mulakan dulu??


JOHNNY & ASSOCIATES!

Masih ingat lagi dengan post saya mengenai kumpulan ARASHI sebelum ni? Kalau masih belum baca, boleh baca dulu dekat sini.

ARASHI ni ialah boygroup yang cukup terkenal di Jepun. Malah bukan saja di Jepun, tapi juga turut dikenali di seluruh dunia.

ARASHI, hero saya masa zaman muda-muda dulu kekeke

Tapi yang bestnya, bukan saja ARASHI, tapi syarikat tempat mereka bernaung iaitu JOHNNY & ASSOCIATES juga turut sama terkenal.

Bangunan Johnny & Associates. Sumber gambar : China Music Business News

Sebab apa? Sebab kuasa monopoli mereka dalam industri Jepun ni sudah sampai tahap JERUNG yang boleh makan mana-mana ikan kecik di bawahnya hahaha (ayat sinis ni sebenarnya🤪)

Tapi kenapa saya cakap Johnny & Associates ni syarikat Jerung dekat Jepun sana???

yang ini saya akan sambung pada post akan datang! 🤩


Kesimpulan

Peminat JOHNNY & ASSOCIATES jangan makan saya pulak lepas ni ye, kekekeke😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *