JIGOKUDANI MONKEY PARK – FARIS FATHIL

● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●● ● ● ●● ●
Jigokudani Monkey Park 
● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●● ● ● ●● ●

Dikenali sebagai Snow Monkey Park yang terletak di daerah Yamanouchi di Nagano. Di sini adalah tempat asal monyet-monyet ini tinggal dan kemudian dibina sebuah kolam air panas khas untuk monyet-monyet ini berkumpul.

Pada musim sejuk monyet-monyet ini akan berendam di dalam kolam ini untuk memanaskan badan mereka. Selain itu, kawasan ini akan lebih cantik apabila diliputi salji putih. Sebab itu monyet ini diberi gelaran Snow Monkey.

Pengunjung yang datang ke sini perlu berjalan sedikit untuk beberapa minit dari pintu masuk untuk ke kolam ini. Sepanjang perjalanan anda boleh terserempak dengan monyet-monyet liar ini tetapi tidak dibenarkan memberi makanan atau menyentuhnya.

Apabila anda sampai di kolam ini, anda dapat lihat lebih banyak monyet di sekeliling kolam.


Artikel ditulis oleh Faris Fathil untuk JomPJapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *