#1 – SUSHI (寿司)

Sushi merupakan nasi yang sudah diperisakan dengan cuka dan dihidangkan bersama-sama dengan inti (dipanggil ‘neta’) yang pelbagai iaitu dari makanan laut, sayuran, daging dan telur. Sushi ada bermacam jenis dan dibezakan dari cara sushi ini dihidangkan. Ada sushi yang berbentuk kepalan dengan neta di letakkan di atasnya dan ada juga sushi yang disalutkan dengan kepingan rumpai laut yang dipanggil nori.