#1 – CHOPSTIK

Penggunaan chopstik yang betul dalam budaya Jepun adalah sangat dititikberatkan. Pastikan follower tidak mencucuk atau memotong makanan menggunakan chopstik. Sebaliknya follower perlu mengangkat makanan menggunakan chopstick dalam keadaan asal terus ke dalam mulut. Menunjukkan sesuatu menggunakan chopstick dianggap kurang ajar dalam budaya Jepun. Follower juga tidak boleh meninggalkan chopstick di dalam mangkuk kerana ianya dikaitkan dengan upacara kematian. Sebaiknya chopstik diletakkan di tempatnya (bersebelahan dengan mangkuk) di antara rehat atau setelah selesai makan.

SUMBER GAMBAR :
https://livejapan.com/ms/article-a0000335/