#1 – HOKKAIDO (北海道)

Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan terletak di utara negara itu (Terbesar ialah Honshu). Hokkaido dipisahkan dari Honshu oleh Selat Tsugaru. Walaubagaimanapon, kedua-dua pulau ini dapat berhubung melalui terowong bawah laut iaitu Terowong Seikan. Sapporo pula merupakan pusat bandar di Hokkaido.