Japanese Language Proficiency Test (JLPT) – BAHAGIAN 1 * #PeminatJepunKenaTahu*

Kepada mereka yang mempelajari Bahasa Jepun, pastinya istilah Japanese Language Proficiency Test (JLPT) ini tidak asing bagi mereka. Malah kebanyakan dari mereka yang mempelajari Bahasa Jepun ini memang memasang matlamat untuk mengambil peperiksaan antarabangsa ini bagi mendapatkan sijil yang boleh digunakan untuk mencari pekerjaan.

Namun, admin pasti tak semua peminat Jepun yang tahu tentang JLPT ini. Jadi dalam artikel ini admin akan terangkan serba sedikit mengenai peperiksaan ni ye. Penting untuk semua peminat Jepun tahu ni, lagi-lagi kalau ada yang memasang angan-angan untuk duduk atau bekerja di sana.

Okay jom kita mulakan! πŸ€©

MAKSUD JLPT
Japanese Language Proficiency Test (ζ—₯本θͺžθƒ½εŠ›θ©¦ι¨“, Nihongo Nōryoku Shiken), atau JLPT merupakan sebuah ujian bagi menilai dan memperakui kecekapan bahasa Jepun kepada orang asing (bukan orang Jepun). Ianya meliputi pengetahuan, kemahiran membaca dan kebolehan mendengar.

WAKTU UJIAN
Ujian ini diadakan 2 kali setahun di Jepun dan negara yang terpilih ialah pada Ahad pertama bulan Julai dan Disember, dan setahun sekali di kawasan yang lain (Ahad pertama bulan Disember).

PERINGKAT UJIAN
JLPT ini terdiri daripada 5 peringkat iaitu N1 sehingga N5 (N1 adalah peringkat tinggi dan N5 adalah peringkat paling rendah)

TARIKH LUPUT SIJIL
JLPT ini menawarkan sijil bagi setiap peringkat dan tiada tarikh luput bagi sijil JLPT.

SEJARAH
JLPT ini dijalankan buat pertama kali pada tahun 1984 atas keperluan untuk mendapatkan sijil peperiksaan bahasa Jepun yang diiktiraf. Pada awalnya ianya direka sebagai antara keperluan bagi orang asing untuk memasuki universiti-universiti di Jepun, sehinggalah pada tahun 2003.

Pada awalnya juga JLPT ini terdiri daripada 4 peringkat iaitu JLPT 1 sehingga JLPT 4.

πŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”Έ

Okay, admin akan bahagikan artikel ni kepada 3 bahagian bagi memudahkan anda faham mengenai JLPT ni. Jadi bahagian pertama sampai sini saja ye. Tunggu bahagian kedua yang akan admin naikkan nanti okay! Admin akan terangkan pula tentang format ujian ni InsyaAllah.

Share artikel ini di akaun sosial anda jika ianya bermanfaat! Jumpa lagi! πŸ˜


SUMBER RUJUKAN & GAMBAR : www.jlpt.jp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *